Monthly Archives: April 2018

Yang besar tak semestinya gagah, yang kecil tak semestinya lemah. Paling mudah, cuba tengok cili. Semakin halus cili tu, semakin pedas tau dia. Manusia pon macam tu. Jangan kita ingat, orang yang besar ni mereka kuat, kadang nak angkat benda berat sikit tak boleh. Orang lebih kecil boleh pula angkat. Tapi, ni bukan alasan untuk kita perlekeh orang yang macam ni dan sanjung tinggi pula yang sebaliknya. Kekuatan setiap orang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu kita ni hidup kena berhubung. Saling mencukupi. Yang kuat bantu yang lemah. Yang kaya bantu yang miskin. Jangan suka sangat gelakkan orang. Kutuk orang sana, kutuk orang sini. Diri sendiri je yang betul dan hebat. No!No! No! Ini bukan sikap yang nabi ajar untuk kita. Terima kelemahan orang, hargai kelebihan mereka. Bantu mana yang boleh. Kelemahan, kekurangan orang lain boleh jadi juga ujian buat kita. Jangan terlalu mudah mengatakan kita…

Read more

Hai semua! Malam ni Nurin nak promote Hair Moisturizer With Serum(HMS) Best sangat HMS ni. Mama kata, sebelum ni susah sangat nak sikat rambut Nurin. Asyik tersekat je kat sikat. Pastu Nurin sakit mesti lari taknak sikat rambut. Tapi bila guna HMS ni, rambut Nurin jadi lembut. Mudah disikat. Tengok ni, kemas je rambut mama dah sikat siap ikat lagi. Mama Nurin jual HMS ni. Kalau nak, hubungi mama Nurin ye. Nurin nak tidur dah. Selamat malam semua 😘

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan spageti carbonara. Sesekali tekak ini teringin pula merasa makanan barat. Mengada! Usai makan, saya dapati masih banyak spageti di atas dapur. Sementara masih panas, terfikir pula nak disedekahkan kepada jiran. Jiran di sebelah rumah ni tiada nampaknya. Teringat pula jiran yang agak jauh sikit dari rumah. Anaknya bersekolah sama dengan anak saya. Lantas saya meminta anak sulung saya, Razin keluar dan menghantarkan sebekas spageti ke rumah sahabatnya itu. Saya segera masuk ke bilik dan mula menarah timbunan gunung kain baju yang seminggu tidak ditarah. Adus, letih sekali! Sedang leka saya mengelaskan pakaian yang telah dilipat kepada bahagian masing-masing, terdengar laungan Razin memanggil nama saya berulang-ulang. Bergegas saya mendapatkannya. Risau pula kalau ada apa-apa. “Mama, ibu Umar nak beli minyak asmak yang macam biasa tu sebotol,” ujar Razin sambil menghulurkan not RM50 kepada saya. Syukur alhamdulillah. Niat saya yang ikhlas untuk bersedekah pagi ini, nampaknya…

Read more

Sepanjang perjalanan ke pekan Teluk Intan, kelihatan bendera pelbagai parti penuh di tiang-tiang elektrik. Ada hijau, ada biru, ada warna gabungan . Meriah sungguh! Tiba-tiba terlintas di ingatan saya, iklan tajaan yang berlegar di laman muka buku pagi tadi. “Abang, tadi kan, masa sayang buka fb, keluarla iklan yang Dato Y sponsor. Kesian Dato Y. Teruk dia kena kecam di fb!”, getus saya memecahkan kesunyian. “Tula, abang pon perasan. Padahal Dato Y tu banyak je jasanya untuk pekan ni. Entah betul atau tak tuduhan tu”. “Tapi ye la kan, abang tahu dia buat itu ini pon sebab abang rapat dengan PA dia. Cuba abang tak rapat, abang tau ke apa dia dah buat untuk pekan kita ni?, ” soal saya pula. Terdiam suami saya. Diam tu kata orang tua-tua setuju. Situasi ni membuatkan saya terfikir, budaya masyarakat kini dah makin berubah. Buat baik perlu ditayang-tayang. Tak kisahlah sebagai ahli politik…

Read more

“Bonda, nah nasi lemak! Darma bagi”. Hulur seorang pelajar perempuan ke arah saya. Selaku guru tingkatan kelas 4 Khaldun ini, saya meminta pelajar memanggil saya dengan panggilan ‘Bonda’ dan memang pelajar-pelajar ini menjadi rapat dengan saya. Lantas saya berpaling melihat ke arah kelompok pelajar perempuan yang berkumpul di tengah dataran perhimpunan itu. Kelihatan pelajar bernama Darma ada di situ tersipu-sipu malu sambil tersenyum memandang saya. Saya melambai sambil menggerakkan bibir mengucapkan terima kasih. Senyuman pelajar itu kian melebar. Saya pasti hatinya berbunga riang kerana hajatnya kesampaian. Dalam masa yang sama saya sendiri berasa sangat terharu. Rupanya ada juga pelajar yang mengingati saya seawal pagi untuk membawakan bekal nasi lemak kepada saya.Beberapa hari lepas, pelajar yang sama tiba-tiba menghampiri saya dan bertanyakan samada saya mahu nasi lemak pada hari jumaat atau tidak. Saya tersenyum dan pastilah tidak menolak perlawaan itu. Saya tak kisah pon kalau perlu membayar harga nasi lemak itu…

Read more

Bagaimanakah caranya anda mendidik anak-anak supaya merendah diri di era setiap ibu bapa yang anda kenal berusaha memupuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri anak-anak mereka? Sukar kan? Jawapan pertama saya ialah: kerja rumah! Kerahkan anak-anak anda untuk mengemas katil, membasuh pinggan mangkuk, merumput, memberi makan kepada haiwan peliharaan dan sediakan meja makan, serta vakum bersihkan rumah. Permulaan memang agak sukar untuk membiasakan anak-anak dengan tugasan ini. Namun, apabila segalanya telah menjadi rutin, tidak perlulah lagi ibu atau ayah bertempik seperti suara king kong di pagi hari. Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya kan? Langkah yang beribu batu pon bermula dari langkah yang satu. Jom mulakan! Disalin dan diubahsuai Drbasya, ibu yang masih bersuara king kong pagi-pagi 19/4/2018, 10.32 a.m Lagi kisah menarik di abgniaga.com norahtuah.com anitahasan.com teacherbasariah.blogspot.com

Nizar yang berumur 8 tahun merupakan pelajar darjah dua Sekolah Kebangsaan Kampung Gembira. Susuk tubuh Nizar agak gempal dan rangkanya besar menjadikan Nizar sentiasa disangka berumur lebih dari usia sebenarnya. Selaku anak sulung daripada 3 beradik, Nizar merupakan anak yang menjadi harapan kedua ibu dan ayahnya. Ibu dan ayah Nizar kedua-duanya bekerja. Ibu Nizar merupakan seorang peniaga yang menjual produk kesihatan jenama Asmak manakala ayah Nizar seorang pekerja di sektor kerajaan. Ibu Nizar sering kali menasihati Nizar agar memberikan contoh tauladan yang baik kepada adik-adik Nizar sementelahan adik-adik Nizar pasti akan mengikut segala apa jua tindakan yang diperhatikan Nizar lakukan. Nizar seringkali menunjukkan rasa tidak puas hati apabila kerap diperingatkan dengan perkara yang sama itu. Dia merasakan dirinya sudah besar, tahu membezakan perkara baik dan buruk. Jadi, nasihat ibunya didengar sambil lewa sahaja. Di sekolah, Nizar merupakan pelajar yang pintar. Tidak pernah Nizar mendapat keputusan yang tercorot di kelasnya. Paling…

Read more

Baru-baru ini saya mendapat beberapa tangkai pisang daripada seorang rakan. Pisang yang diberi memang sedang elok sahaja masaknya untuk digoreng. Masalahnya, saya tidak sempat menggoreng pisang tersebut kerana perlu keluar berkursus selama 3 hari 2 malam. Kalau simpan dalam peti sejuk, cokodok sahajalah jadinya. Lazimnya pisang yang masuk ke peti sejuk juga, kulitnya akan berwarna kehitaman. Sempat rakan saya berkongsi satu petua dengan sahaja sejurus saya menyuarakan masalah ini kepadanya. “Cubalah balut tangkai pisang dengan kain,kertas atau apa-apa bahan yang sesuai. Pisang biasanya akan lebih tahan lama”, ujar beliau. Saya pon mencuba petua tersebut. Kebetulan mata terlihat tisu dapur yang ada pada masa itu. Saya lipatkan tisu dan balut serta dikukuhkan dengan getah. Hasilnya, alhamdulillah, sebaik saya pulang dari kursus, pisang masih dalam keadaan elok dan boleh digoreng. Cuba tengok sebiji pisang di bahagian atas yang tidak dibalut tangkainya. Dah hitam kan? Selamat mencuba! -Drbasya peminat pisang goreng, 17/4/2018, 9.20am…

Read more

Sedang saya khusyuk membuat tugasan di meja kerja, tiba-tiba telinga berjaya menangkap perbualan dua rakan sejawatan saya. Macam menarik saja bunyinya. Segera saya memberhentikan kerja seketika dan terus memasang telinga mendengar perbualan yang semakin rancak itu. “Anak-anak saya suka bergaduh. Adik dengan kakak susah sangat nak berbaik-baik. Kalau dengan kawan dia, mudah je si kakak nak pinjamkan barang dia. Kalau adik yang nak, alamat perang besarlah!” “Saya pon sama. Tadi sempat saya bersembang dengan Encik X tanyakan rahsia dia mendidik anak-anaknya. Anak-anak dia kan pandai-pandai belaka”. Masa ni saya dah tak tahan untuk mencelah. Rakan saya terus memberikan tips-tips hebat yang diamalkan oleh Encik X. Anda nak tahu? Teruskan membaca! Encik X ni merupakan salah seorang staf am di pejabat tempat saya bertugas. Kami semua sedia maklum beliau mempunyai anak yang ramai dan hanya bekerja seorang. Datang kerja pon dengan memandu kereta terpakai. Kereta buruk itulah yang digunakan untuk menghantar…

Read more

10/11