Monthly Archives: May 2018

Sejak berlaku peralihan tampuk pimpinan negara, saya dan suami lebih suka menjadi pemerhati kepada senario masyarakat. Di laman fb pelbagai status kelihatan. Ada yang mengucapkan kesyukuran. Ada yang meluahkan kegembiraan dalam masa yang sama kuat mengeluarkan kata-kata hentaman kepada pucuk pimpinan terdahulu. Ada juga yang hanya menjadi tukang like dan share post sahaja. Sayalah salah seorang darinya. Itu pun kalau post tersebut saya suka dan menyuarakan isi hati saya yang tidak mampu terluah dek tulisan ini. Haha. Kalau nak lihat sikap sebenar seseorang manusia, inilah masanya. Yang dahulunya kuat mengipas pihak yang kecundang, kini sepi tanpa suara. Ada pula yang tiba-tiba beralih angin mengipas pimpinan baru pula. Dunia..dunia..cepatnya kau berubah. Belum lagi kisah pemimpin yang melompat parti. Tidak perlu diulas di sini. Itu adalah hak masing-masing. Pasti ada sebab tindakan itu dilakukan. Selaku orang awam, elokla berhenti mengecam. Tak pasal-pasal dosa kering ja dapat nanti. Menerusi media sosial masing-masing dilihat…

Read more

Bahang pilihanraya masih belum hilang. Malaysia telah bersuara membuat pilihan. Buat julung kalinya selepas 61 tahun menerajui negara, Barisan Nasional tumbang akhirnya. Semoga pilihan yang dilakukan ini tepat. Kita mengharapkan yang terbaik dari kepimpinan baru negara. Semoga sinar cahaya yang lebih baik buat semua rakyat negaraku Malaysia yang tercinta. Sedikit selingan buat semua: Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14 1. Ucapan apabila menang Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‘Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.’ 2. Ucapan apabila kalah Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah: الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‘ Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.’ Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H)…

Read more

Mengacom “Abah..bang chaq kan..dia tumpahkan air atas buku rafif”, adu anak kedua saya kepada abahnya. Saya yang sedang khusyuk menyeterika baju tersenyum sendiri mendengar kata-kata tersebut. Tiba-tiba kenangan masa kecil bersama abang-abang dan kakak saya bermain di minda. Dahulu masa kecil, sayalah yang paling kerap mengacom (mengadu) kepada mak dan ayah. Saya digelar anak manja ibu dan ayah kerana saya merupakan anak bongsu. Biasalah karenah anak bongsu ni memang pantang diganggu, pantang diusik mesti laju sahaja mengacom kepada mak dan ayah. Abang-abang saya pula boleh tahan nakal dan kuat mengusik kecuali abang sulung saya yang agak memanjakan saya dan adik beradik lain. Disebabkan sikap kuat mengacom tu, abang-abang dan kakak memang agak meluat dengan saya dulu. Air dicencang takkan putus. Sebenarnya, walau saya berperangai macam tu, saya tahu di sebalik perasaan meluat kepada saya tu, abang-abang dan kakak saya sayangkan saya. Merekalah yang banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah sampailah…

Read more

1 Mei 2018 Lebih kurang jam 8 pagi dapat panggilan dari ayah. Kata ayah, ada berita menyedihkan. Jantung berdebar tak terkata. Pak Lang Hamzah meninggal, kata ayah. Terkedu seketika. Mula tu keliru dan tak terbayang langsung siapa.Selepas ayah sebut beberapa detail baru teringat. Rasanya baru beberapa bulan lalu kami menziarah arwah. Tak sangka kini arwah telah pergi meninggalkan kami. Terus saya hubungi abang sulung saya untuk mengatur perjalanan kami bersama. Plannya, abang long turun dari manjung singgah ke teluk intan. Dari teluk intan, naik kereta saya yang dipandu suami kemudian singgah ke bidor mengambil seorang lagi abang saya. Kami tiba di Rembau sekitar jam 3 petang. Bukan rezeki kami memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kerana urusan pengebumian rupanya selesai lebih awal sekitar jam 11 pagi. Hanya mampu berjumpa ahli keluarga yang ditinggalkan. Dari anak pak lang, kami dapat tahu punca kematiannya kerana sakit perut. Katanya ada urat yang bengkak dan…

Read more

4/4