FAKTA ASMA YANG PERLU KITA TAHU

Bila dah makin ramai yang terkena penyakit asma ni, tercetus persoalan kat dalam minda kami:

PENYAKIT ASMA NI NORMAL KE DALAM MASYARAKAT KITA?

Then kami terjumpa info pasal asma.
Agak mengejutkan juga.

1. Dalam setiap 14 orang, seorang daripadanya kurang bernasib baik, ada penyakit asma.

2. Kalau kat negara US, 24 juta rakyat mereka menghidap asma. Hampir sama banyak dengan jumlah rakyat Malaysia.

3. Nak tahu penyakit kanak-kanak yang paling popular? ASMA lah, apa lagi.

4. Sebab utama kanak-kanak tak datang sekolah? ASMA juga.

5. Antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, kanak2 lelaki lagi banyak ada asma.

6. Tapi kalau dah semakin dewasa, perempuan lebih ramai yang terkena penyakit asma.

Dulu kami ingatkan penyakit asma ni macam jarang-jarang je. Bila baca hasil kajian ni, baru tahu. Ramai rupanya, berjuta-juta..

Sama-sama lah kita jaga kesihatan anak-anak kita ya..

Kredit to page : Asmak by Mhamsb

 

Sawan Tangis


Sawan tangis adalah keadaan di mana bayi menangis tanpa henti selama 3 jam dalam sehari, dan berlaku melebihi 3 hari dalam seminggu. Keadaan ini boleh berlarutan hingga ke 3 minggu lamanya.
.
Tiada penyakit yang menyebabkan bayi mendapat sawan tangis, malah bayi yang sihat pun boleh terkena sawan tangis. Dan sememangnya keadaan ini akan membuatkan ibu dan bapa merasa susah dan sedih, walaupun mereka sudah beberapa kali melahirkan anak.
.
Sawan tangis berlaku pada 10-40% bayi, dan beransur-ansur hilang apabila menjejak umur 6 bulan.
.
Tanda-tanda sawan tangis:
.
❌ Biasanya berlaku pada waktu lewat petang
❌ Bayi menarik kakinya sehingga ke perut
❌ Genggaman tangan bayi lebih kuat dari biasa
❌ Bunyi tangisan kebiasaannya kuat dan nyaring dari biasa.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH 😎

Hubungi 0135819100 untuk mendaftar

Masa mula Kak Ayu kenal minyak herba ni harga jualan memang dah rm39. Masa tu tahun 2015. Rasa memang mahai betoi la tapi nekad nak cuba jugak sebab tak sanggup rasanya nak bagi anak makan ubat batuk dan selesema.

Masa tu, boleh dikatakan sebulan sekali mesti anak-anak kena batuk atau selesema. Serasi betul anak Kak Ayu masa tu dengan minyak ni. Sapu je mudah keluar kahak. Batuk dan selesema terus hilang. Kak Ayu nekad nak jual kat kawan-kawan.

Dlu Kak Ayu ingat lagi jadi agen mhamsb dengan modal rm2++ je masa tu. Tu pon rasa banyak sangat dah. Ye la dapat minyak 10 botol je pon. Rasa memang mahal minyak 30ml harga sampai rm30+. Tapi sebab tahu memang ‘rare’ minyak boleh legakan batuk ni, Kak Ayu pon melaburlah.

Dari rm2++ dah boleh restok rm5++. Masa tu HQ dah mula offer siapa nak upgrade superagen dan bina team. Takut mulanya, tapi rasa rugi kalau tak ambil peluang. Kak Ayu upgrade dan mula bina team. Mula nak dapat modal upgrade tu, Kak Ayu jenuh gakla menabung. Padah sebab tak pandai lagi rolling modal masa tu. Dapat duit untung je campur sekali dan terguna untuk kegunaan lain. Bila nak upgrade menggagau la jugak. Haha.

Tak lama lepas tu, ada agen nak upgrade ke superagen. Kira tempoh masa jadi superagen ni dalam setahun kot. Kak Ayu kena upgrade ke Stokis Daerah untuk kekalkan mereka dalam team. Susah payah nak kumpul RM4k+ masa tu nak upgrade. Masa ni Kak Ayu nekad pajak barang kemas untuk upgrade. Sedih tau tapi memang target mesti tebus barang dalam pajak paling lama 5 bulan.

Kali ni Kak Ayu dah belajar dari kesilapan. Duit modal cepat kak Ayu rolling beli barang dan sediakan bahagian untuk kegunaan bisnes termasuk untuk upgrade (masa ni Kak Ayu dah letak target nak jadi Stokis Premium tahun 2019)

Syukur selepas upgrade Stokis Daerah tu, Kak Ayu dapat konsisten restok rm3-4k sebulan tanpa gagal. Walhal, sebelum upgrade rasa nak capai rm2k pon mengah 😅

Dalam lebih kurang 7 bulan jadi Stokis Daerah, salah seorang superagen Kak Ayu menyuarakan hasrat nak upgrade. Masa ni Kak Ayu macam tak bersedia juga sebab target nak upgrade tahun 2019. Tapi, Kak Ayu cabar diri. Mesti cuba upgrade supaya boleh beri semangat kepada anak buah.

Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2018, Kak Ayu secara rasminya menjadi Stokis Premium bermodalkan rm9k+. Sekarang misi kak Ayu dan team, untuk memastikan restok bulanan kami mencapai rm10k+ setiap bulan.

Hari ni target misi Rm10k+ untuk bulan ni dah tercapai. Syukur kepada Allah. Terima kasih buat semua yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah team #Asmak4u057! Tahniah buat semua yang berjaya capai target bulanan masing-masing. Setakat ni dah 3 orang berjaya capai target masing-masing. In shaa Allah ada yang bakal menyusul tak lama lagi.

‘Asmak4u057-Excellent Together’
GO TEAM!

Jom sertai kami. Promosi menjadi pengedar dengan modal serendah rm150 dah bermula dan bakal tamat 2 Disember 2018 tau! 😘

#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10K
#AsmakDiamond

Apa Yang Akan Terjadi Apabila Asma Tidak Dirawat?

 

 

 Ada beberapa perkara serius yang akan terjadi apabila asma tidak dirawat dengan baik. Dan perkara-perkara tersebut semuanya mempengaruhi hidup si penghidap asma.
.
Gangguan kualiti tidur
Tidur yang berkualiti adalah kunci kepada kualiti kerja. Tiada orang yang boleh bekerja dengan baik dalam keadaan mengantuk.

Kurangnya aktiviti fizikal
Apabila aktiviti fizikal berkurang, maka risiko obesity akan meningkat. Siapa kata obese bagus? Biasanya mereka yang obese akan mempunyai masalah-masalah lain di kemudian hari seperti sakit jantung, kencing manis dan sebagainya.

Perubahan di salur udara
Serangan asma yang semakin kerap akan mengubah struktur salur udara dalam jangka masa panjang. Dan biasanya, perubahan ini adalah kekal sepanjang hayat. Apabila salur udara berubah dan rosak, peparu akan mengalami kekurangan oksigen dan menjadi rosak dalam jangka masa panjang.

Hospital
Tahukan anda, asma adalah sebab ketiga terbesar kanak-kanak dimasukkan ke hospital di US. Dan mereka tidak akan dibenarkan balik selagi mereka tidak dapat bernafas seperti normal.

Kematian
Ada satu pertubuhan di US yang menemui kadar kematian disebabkan asma, iaitu 9 orang mati disebabkan asma setiap hari. Jika di Malaysia, mungkin lebih sedikit jumlahnya. Kebanyakan kematian tersebut adalah kematian yang boleh dielakkan dengan rawatan yang sepatutnya.
.
.
#infobyMHAMSB #MinyakHerbaAsmak

 

 

0135819100 Cikgu Basariah