NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH ๐Ÿ˜Ž

Hubungi 0135819100 untuk mendaftar

Masa mula Kak Ayu kenal minyak herba ni harga jualan memang dah rm39. Masa tu tahun 2015. Rasa memang mahai betoi la tapi nekad nak cuba jugak sebab tak sanggup rasanya nak bagi anak makan ubat batuk dan selesema.

Masa tu, boleh dikatakan sebulan sekali mesti anak-anak kena batuk atau selesema. Serasi betul anak Kak Ayu masa tu dengan minyak ni. Sapu je mudah keluar kahak. Batuk dan selesema terus hilang. Kak Ayu nekad nak jual kat kawan-kawan.

Dlu Kak Ayu ingat lagi jadi agen mhamsb dengan modal rm2++ je masa tu. Tu pon rasa banyak sangat dah. Ye la dapat minyak 10 botol je pon. Rasa memang mahal minyak 30ml harga sampai rm30+. Tapi sebab tahu memang ‘rare’ minyak boleh legakan batuk ni, Kak Ayu pon melaburlah.

Dari rm2++ dah boleh restok rm5++. Masa tu HQ dah mula offer siapa nak upgrade superagen dan bina team. Takut mulanya, tapi rasa rugi kalau tak ambil peluang. Kak Ayu upgrade dan mula bina team. Mula nak dapat modal upgrade tu, Kak Ayu jenuh gakla menabung. Padah sebab tak pandai lagi rolling modal masa tu. Dapat duit untung je campur sekali dan terguna untuk kegunaan lain. Bila nak upgrade menggagau la jugak. Haha.

Tak lama lepas tu, ada agen nak upgrade ke superagen. Kira tempoh masa jadi superagen ni dalam setahun kot. Kak Ayu kena upgrade ke Stokis Daerah untuk kekalkan mereka dalam team. Susah payah nak kumpul RM4k+ masa tu nak upgrade. Masa ni Kak Ayu nekad pajak barang kemas untuk upgrade. Sedih tau tapi memang target mesti tebus barang dalam pajak paling lama 5 bulan.

Kali ni Kak Ayu dah belajar dari kesilapan. Duit modal cepat kak Ayu rolling beli barang dan sediakan bahagian untuk kegunaan bisnes termasuk untuk upgrade (masa ni Kak Ayu dah letak target nak jadi Stokis Premium tahun 2019)

Syukur selepas upgrade Stokis Daerah tu, Kak Ayu dapat konsisten restok rm3-4k sebulan tanpa gagal. Walhal, sebelum upgrade rasa nak capai rm2k pon mengah ๐Ÿ˜…

Dalam lebih kurang 7 bulan jadi Stokis Daerah, salah seorang superagen Kak Ayu menyuarakan hasrat nak upgrade. Masa ni Kak Ayu macam tak bersedia juga sebab target nak upgrade tahun 2019. Tapi, Kak Ayu cabar diri. Mesti cuba upgrade supaya boleh beri semangat kepada anak buah.

Alhamdulillah, tanggal 20 Ogos 2018, Kak Ayu secara rasminya menjadi Stokis Premium bermodalkan rm9k+. Sekarang misi kak Ayu dan team, untuk memastikan restok bulanan kami mencapai rm10k+ setiap bulan.

Hari ni target misi Rm10k+ untuk bulan ni dah tercapai. Syukur kepada Allah. Terima kasih buat semua yang membantu samada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah team #Asmak4u057! Tahniah buat semua yang berjaya capai target bulanan masing-masing. Setakat ni dah 3 orang berjaya capai target masing-masing. In shaa Allah ada yang bakal menyusul tak lama lagi.

‘Asmak4u057-Excellent Together’
GO TEAM!

Jom sertai kami. Promosi menjadi pengedar dengan modal serendah rm150 dah bermula dan bakal tamat 2 Disember 2018 tau! ๐Ÿ˜˜

#LeaderAsmak
#057gempur
#misiRM10K
#AsmakDiamond

9 Replies to “NAK TAHU SUSAH ATAU SENANG BISNES? MULAKAN DARI BAWAH ๐Ÿ˜Ž”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.