7 ​Tips Penjagaan Gigi Susu​

Gigi susu pertama Razin keluar selepas dia berusia 1 tahun. Lewat kan? (^_^)

Salam Sejahtera buat semua

Senyuman bertambah indah apabila ada gigi yang bersih, cantik dan tersusun. Penjagaan gigi susu amat kritikal demi mendapatkan gigi kekal yang cantik.

Ayuh kita baca tips untuk menjaga gigi susu:

​1⃣ Penjagaan gusi​

​Gusi anak perlu dijaga walaupon gigi belum tumbuh. Susu ade karbohidrat yang berkanji dan ada yang bergula. Kalau sisa susuan tidak dibersihkan, ia menyebabkan mulut anak akan berbau masam dan gusi/lidah boleh menjadi keputih-putihan dan tidak sihat. Anak pon tak selesa.​

​2⃣ Gosok gigi seawal gigi pertama tumbuh​

​Gigi pertama lebih kurang 6 bulan la tumbuh. Nampak je gigi bersihkan gigi itu menggunakan kain bersih yang dibasahkan (guna air masak lagi baik). Kalau dah pandai gigit tu blikan berus khas untuk umur diorang.​Part ni kena sabar banyak sebab anakSATU permulaan akan meronta untuk digosok giginya.

​3⃣ Elak anak hisap botol susu sambil tidur​

Jangan ajar anak hisap botol susu sambil tidur. Susu badan pon tak boleh ok. Ini kerana kandungan kanji atau karbohidrat dalam susu akan membentuk lapisan melekit (plak) pada permukaan gigi then rosak.Karat² warna coklat tu.Ada kes anak dapat jangkitan kuman di mulut sebab tidor dengan hisap botol.

​4⃣Lepas hisap susu, minum air masak​

​Sebaiknya mcm tu la.. Ala² bilas cenggitu​

​5⃣ Jangan isi air bergula dalam botol susu​

​Ni kan memang kesalahan besar ni.Kadang air sirap, teh o, milo.Minuman bergula sangat tak bagus untuk kesihatan.Selain tak bagus untuk kesihatan,ia boleh menyebabkan karies gigi terjadi.

​7⃣ Jangan kunyah makanan untuk diberi pada anak​.

​Didalam mulut sebenarnya terdapat bakteria lebih kurang 1000++ jenis, apabila kita kunyah² makanan bagi kat anak, kite dah pindahkan bakteria dalam mulut kite pada anak.Jadi gigi diorang tak selamat jugak lah.

8⃣ JANGAN BERI ANAK PUTING TIRUAN ATAU MENGHISAP JARI

Jika puting tidak dibersihkan sebelum masuk ke dalam mulut,anak mudah terkena jangkitan kuman.Begitu juga dengan menghisap jari ya.

kredit:petuabonda

2 Replies to “7 ​Tips Penjagaan Gigi Susu​”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.