PERKARA YANG MEMBURUKKAN LAGI ASMA

Hai semua
.
.
.
Semua orang tahu perkataan asma tapi berapa ramaikah yang betul-betul kenal asma ni apa. Secara ringkas Asma ni merupakan penyakit yang berkait rapat dengan saluran pernafasan. Pendek cerita bila seseorang menghidap asma, saluran pernafasan mereka akan menjadi kemerahan, bengkak, menghasilkan lendir berlebihan dan mudah terangsang (hypersensitive). Ada beberapa perkara lagi kalau anda nak tahu yang boleh menyebabkan asma menjadi teruk.
.
.
SEJARAH KELUARGA (Family History)
Jika salah seorang dari suami/isteri ada penyakit asma, peluang untuk anak menghidap asma adalah agak cerah.

Perkara yang menjadikan asma semakin buruk

JANTINA & UMUR
Asma adalah lebih ketara pada peringkat umur kanak-kanak. Jika dibandingkan antara lelaki dan perempuan, anak lelaki lebih mudah terkena asma

ALERGIK
Jika anak anda ada alergi terhadap perkara yang menyebabkan serangan asma, maka risiko serangan asma akan meningkat.

MEROKOK (AKTIF&PASIF)
Asap rokok boleh memburukkan lagi asma seseorang sebab bahan kimia yang ada dalam rokok boleh memburukkan lagi saluran pernafasan, Takde faedah pun merokok ni. Badan binasa keluarga sengsara.

PENCEMARAN UDARA
Mereka yang tinggal di bandar lebih mudah terkena serangan asma disebabkan udara yang tercemar. ASap kenderaan dan juga debu boleh menyumbang kepada asma yang lebih kronik.

OBESITI
Pakar menjelaskan, obesiti akan menyebabkan badan lebih mudah terkena keradangan dan seterusnya menyebabkan serangan asma.
.
.
Asma ni jangan kita pandang remeh. Kalau tak dijaga boleh meragut nyawa. Jaga kesihatan anda sebab ianya anugerah yang sangat berharga.

MinyakHerbaAsmak

AnakSihatHatiTenang

WeAreFamily

Madu Halia penyembuh buasir?

Trobek semalam ibu si Mawar ni mai restok produk Asmak.



Setiap kali restok wajib amik madu halia bentong.


Ni salah seorang agen saya yang aktif, Qurratuaini



Risik-risik rupanya ada peminat setia madu ni. Salah seorang customer tu ada buasir yang agak teruk sampai kena pakai pampers.



Alhamdulillah sejak amalkan madu halia bentong ni dah tak payah pakai pampers dah. Duduk pon dah selesa tak macam dulu.



Syukur sangat. Ini lah antara penguat semangat saya terus setia dengan bisnes Asmak ni. Berbunga tau rasa hati bila produk yang dijual mampu membantu orang lain 💓




#StokisAsmak #Asmak4u057 #StokisPremiumPerak #AsmakPerak #MensejahterakanKehidupan


0135819100 Cikgu Basariah

DOULA TU MENDE?

Sejak dua menjak ni banyak isu panas yang timbul seperti bumi flat lah antivaksin lah dan yang terbaru pendebatan hangat isi Doula. Isu berkaitan doula ini amat panas disebabkan beberapa kes kelahiran yang menggunakan khidmat doula ini berakhir dengan kematian.

APA ITU DOULA ?

Doula ni kalau anda nak tahu maksudnya ialah “hamba wanita” dimana perkataan doula ini berasal dari Greek. Orang Greek dulu-dulu menggunakan doula ini sebagai peneman ibu ketika mengandung mahupun selepas bersalin.

Tugas seorang doula ialah untuk memastikan ibu bersalin mempunyai penjagaan rapi dari segi emosi, pendidikkan mengenai ilmu kehamilan dan lain-lain. Apa yang anda kena tahu ialah doula bukan doktor ! .

DOULA mempunyai 3 jenis iaitu :

  1. Doula Antepartum – mengajar ibu mengandung ilmu kehamilan dan cara-cara bersalin
  2. Doula Labor – berada di sisi ibu ketika bersalin tapi hospital di Malaysia tak benarkan baik kerajaan mahupun swasta.
  3. Doula Postpartum – berada di sisi ibu selepas bersalin dan membantu dalam hal penjagaan bayi dan penyusuan.

ADA BEZA KE DOULA DENGAN BIDAN ?

Ramai yang salah faham doula ni boleh jadi bidan. Salah sebenarnya tu. Bidan ni merupakan individu yang terlatih yang boleh membantu secara langsung ketika proses bersalin. Doula pula merupakan individu yang hanya berfungsi sebagai peneman yang membantu untuk memberi panduan secara lisan tentang cara meneran atau mengurut bagi menenangkan ibu yang sedang bersalin.

Ada beberapa perkara lagi yang ibu-ibu diluar sana perlu tahu mengenai peranan seorang doula :

  1. Doula sama sekali tak boleh gantikan tugasan jururawat, doktor dan doktor pakar.
  2. Doula boleh berkongsi informasi tentang cara bersalin/penyusuan/penjagaan bayi tetapi tidak boleh menetapkan cara bersalin bagi pihak ibu.
  3. Doula tak boleh menguruskan kes ibu yang mempunyai kehamilan berisiko tinggi atau menangani sebarang isu kecemasan ketika bersalin.
  4. Doula tidak boleh memberikan sebarang nasihat atau penjagaan perubatan kepada ibu hamil.
  5. Doula bukan penasihat perubatan utama yang tunggal.

Sebagai seorang ibu, sentiasalah rujuk dan dengar pesanan dari doktor sebab mereka lebih arif dan berilmu. Nyawa bayi anda sangat berharga maka jangan taruhkan nyawa mereka semata-mata untuk penuhi keingingan diri.

Semoga bermanfaat

MinyakHerbaAsmak

AnakSihatHatiTenang

WeAreFamily

kredit infografik : Berita Harian

Apakah itu doula?

Tips hadapi situasi kecemasan

Baru ni kita digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang menimpa dekat seorang kanak-kanak perempuan yang dikenali sebagai Nur Qhaisarah Medina Supian, 2 tahun di Kampung Teluk Pial Baroh, Kuala Kurau pada Ahad lalu dikatakan tertusuk pisau di bahagian perut ketika berada di rumahnya.

Ibu mangsa, Hana Mazlan 27 berkata ketika kejadian kira-kira jam 9.30 pagi, dia sedang tidurkan anak bongsunya di ruang dapur sebelum mangsa datang minta susu. Hana meminta mangsa menunggu sekejap sementara dia menidurkan anak bongsu namun Nur Qaisarah pergi ke arah neneknya yang juga berada di dapur sebelum terpijak pinggan. Setelah itu, mangsa terjatuh atas pinggan dan pisau yang berada di atas pinggan tertusuk di bahagian kiri perut.

Ibu mangsa terus pangku mangsa tapi beliau tak sedar sebenarnya ada pisau yang tertusuk dekat perut kiri mangsa. Pisau sepanjang 15 sentimeter itu disedari oleh salah seorang dari ahli keluarga beliau kemudian panik lalu mencabut pisau tersebut.

LUKA TUSUKAN DALAM KONTEKS RAWATAN AWAL KECEMASAN

Tusukan dari benda tajam amatlah berbahaya terutama sekali dikawasan abdomen badan, perut, dada, belakang badan, muka dan kawasan yang lain. Paling membimbangkan dan menakutkan kalau tusukan itu terkena dekat saluran Aorta iaitu saluran darah terbesar dalam badan manusia dimana ia boleh menyebabkan pendarahan tanpa henti.

Sekiranya anda berada dalam situasi ini, step pertama anda kena buat JANGAN PANIK !. Lumrah sebenarnya bagi kita bila ada benda yang berbahaya melekat dekat badan kita dan kita nak buang benda tu. Dalam kes seperti ini jangan sesekali cabut sebab kita tak tahu pisau ini dah terkena dibahagian mana dalam badan kita.

LANGKAH ELAK RISIKO KEMATIAN

Bila terjadi perkara ni, antara langkah yang boleh diambil :

  • Tenangkan mangsa dulu. Jangan panik
  • Jangan cabut objek yang tertusuk itu.
  • Jangan bagi mangsa banyak bergerak
  • Cuci luka tadi dengan air bersih
  • Buat “balutan donut” menggunakan kain bersih dan letak dikawasan terkena tusukan tadi dan tutup menggunakan kain yang lain.
  • Jangan ikat anggota tercedera kerana boleh merosakkan tisu dan organ badan kerana tidak dapat bekalan darah yang secukupnya.
  • Hubungi 999 untuk bantuan segera.

Pentingnya bagi semua orang untuk ketahui rawatan dan langkah yang perlu diambil bila terjadinya insiden sebegini. Kadang kita tengok drama ke movie ke bila seseorang kena tikam dia tanggal begitu saja objek tadi. Salah sebenarnya tu. Untuk elak benda sebegini berulang simpan dan letak ditempat yang tinggi objek yang tajam terutama sekali di kawasan dapur.

Kami Minyak Herba Asmak mengucapkan salam takziah kepada keluarga adik Nur Qhaisarah Medina.

MinyakHerbaAsmak

AnakSihatHatiTenang

WeAreFamily

SAKURA SHOWEL GEL mandian terapi ala spa

Assalamualaikum
Selamat Pagi

Dah mandi ke tu?

Jom bersakura!

💟 Terapi diri

👉 SAKURA SHOWEL GEL
🌸 Hilangkan stress hanya dgn mandi,
🌸 Mandi bleh memberi ketenangan yg luar biasa,
🌸 Rasa bersih dapat meningkatkan lagi keyakinan diri,
🌸 Kulit cerah dan lembut,
🌸 Paling best bilik air berbau wangi dan menenangkan jiwa

SEVENIS HAIR OIL

Boleh Bersihkan solekan

“2 dalam 1 SUPERJIMAT HARGA MAMPU BELI”

Membantu menjadikan rambut lebih sihat, dan kulit lebih sihat. Menguatkan akar rambut mengelakkan dari gugur,kegatalan dan rambut jadi lebih bersinar.

�Light Mineral Oil
�Tea Tree Oil
�Babassu Oil
�Virgin Coconut oil
�Castor Oil
�Olive Oil

SEVENIS OIL NI BOLEH jadi

MAKEUP REMOVER jugak😳😊 Benar taw

Produk yang sesuai untuk kulit :

Mestilah bebas kandungan bahan kimia yang mengarut.

Boleh membersihkan makeup tanpa sisa.

Tidak mengeringkan kulit.

Lembut pada kulit yang sensitif.

Berbau harum tanpa hidung berasa tengit
Boleh bantu mencantikkan kulit wajah dan dapat melembabkan kulit.