Kenali Ekzema serta kaedah rawatannya

Anak anda ada tanda-tanda ini?

  1. Tompok gatal pada kulit
  2. Kulit jadi kering
  3. Kulit jadi kemerahan
  4. Bengkak kecil yang berair?

Jika ya, dia mungkin penghidap ekzema.

Ekzema tu apa?

Ekzema ni sejenis penyakit kulit yang menyebabkan radang, gatal, kering, mengelupas, kemerahan dan kulit bersisik.
Penyakit ni ada kaitan dengan kulit yang terlalu sensitif.

Kanak-kanak biasanya terkena ekzema sebelum usianya 5 tahun. Selepas dari itu, sekiranya dia tiada asma atau alahan, biasanya ekzema dia akan hilang.

Bagaimana nak bantu anak yang ada ekzema ni?

  1. Pastikan anak diletakkan di bilik yang nyaman dan selesa. Maksudnya bilik tu sejuk tak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa.
  2. Elak mandikan anak menggunakan air panas atau air suam. Mandi guna air paip biasa. Jangan guna air ais pula.
  3. Elak pakaikan anak dengan baju yang berlapis-lapis. Seeloknya pakaikan pakaian yang nipis dan berasal dari kain kapas. Kain kapas lebih baik menyerap peluh.
  4. Elakkan penggunaan fabrik yang kasar. Kalau tuala pon, pilih yang gebu dan lembut untuk anak.
  5. Jangan gunakan sabun semasa mandi. Ramai bayi dan kanak-kanak yang ekzema kerana alahan terhadap sabun.
  6. Gunakan krim pelembap selepas badan anak dikeringkan selepas mandi. Ibu boleh sapu Losyen Bayi atau Essential Oil dari Asmak Baby Care yang lembut dan mesra kulit bayi. Bagi ekzema yang teruk, boleh sapukan Minyak Herba Asmak disusuli dengan Bedak Callovera atau Bedak Asmak.
  7. Awasi makanan yang menyebabkan alahan dan dapatkan nasihat doktor.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.