ASMAK GRAND AWARD 2020 (AGA)

Walau tak berpeluang menghadiri majlis tahun ini atas sebab yang tak dapat dielakkan, Kak Ayu bersyukur masih menerima pelbagai anugerah dari Hq Asmak.

Antara anugerah yang diterima:

  1. Tempat pertama Blogger Asmak
  2. Top 10 pengedar Asmak seMalaysia
  3. Penghargaan Stokis Premium
  4. Penghargaan Personal Sales

Terima kasih buat agen Kak Ayu yang bantu ambilkan hadiah Kak Ayu tahun ini. Semoga ada rezeki untuk Kak Ayu terus mencapai kejayaan di tahun 2020 ini. Aamiiin

Terima kasih atas sokongan keluarga, rakan dan pelanggan yang terus setia dengan Kak Ayu dari dulu hingga kini. Tanpa kalian, siapalah Kak Ayu.

Kisah gegata

“Umi, gatal. Umi.. Tolong.. Gatal..”
“Kat mana? Meh umi tengok.”
“Sini…”
“Ya Allah.. Naik gegata lagi ni. Kesiannya anak umi.”

Segera Macy capai Bedak Asmak, campur air tapis sedikit, kemudian sapu pada tempat gatal. Banyak juga.

Alang-alang tu, Macy sapu sekali di bahagian belakang leher. Aqid ni memang tak berapa tahan dengan tag baju. Entah bila, sedar-sedar dah luka digarunya.

Alhamdulillah. Sekejap je surut bengkak gegata selepas disapu Bedak Asmak. Rasa gatal pun dah tak ada lagi.

Bukan cerita yang direka tau.

Puas boleh sapu Bedak Asmak ni. Cepat kesan dia

Kredit stori: Puan Macy Humaira

Bahana simpul biawak

Assalamualaikum



Simpul Biawak



“Rasa sakit tu sampai boleh menitis air mata”




Ada yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung, tapi sebenarnya itu adalah kekejangan kaki yang sering berlaku pada wanita mengandung. Bila tengah sedap tidur pada waktu malam, tiba-tiba rasa cramp, haa tuhan je yang tahu betapa sakitnya ia menyerang di bahagian kaki!



‼️Punca Terjadi ‘Simpul Biawak’



Secara dasarnya, simpul biawak dan rasa lenguh ini bukan hanya terjadi pada wanita mengandung sahaja tapi ia boleh berlaku pada sesiapa tidak kira muda mahupun sudah berusia. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa ianya berlaku semasa hamil antaranya :



Berdiri terlalu lama dan banyak berjalan menyebabkan otot keletihan tambah pula dengan peningkatan berat badan

Hormon progesteron memberi kesan kepada otot kaki tidak kira pergerakan apa yang anda lakukan walaupun ianya berdiri.

Perkembangan rahim memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.



Cara Atasinya



🌼Urutan



Bila terjadinya simpul biawak, pastikan kaki anda diluruskan dan gerak hujung jari kaki secara perlahan-lahan. Pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit berada di bawah untuk mengurangkan tekanan pada otost betis dan membuatkan anda berada selesa.



🌼Rendaman Air Panas



Dah urut pun masih tak menjadi? Cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas pada bahagian yang anda rasa sakit. Dengan cara ini otot akan berada dalam keadaan lebih relaks dan ia mengurangkan rasa sakit di bahagian kaki.



🌼Betulkan Poster Badan



Bagi wanita hamil, make sure poster badan anda berada dalam keadaan yang optimum. Ini bermaksud elakkan tabiat melipat kaki ketika duduk supaya aliran darah berjalan lancar ke seluruh bahagian kaki. Selalu mesti rasa lenguh dan sakit belakang ketika mengandung kan? Jadi untuk lebih selesa gunakan bantal tambahan dan letakkannya di bahagian tengah kaki.



Haa bukan itu sahaja, pemakanan sewaktu hamil pun penting juga untuk mengelak terkenanya simpul biawak ni. Minum susu sebelum tidur untuk mengurangkan gelaja tersebut dan tambahkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Jika keadaan masih teruk, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengelakkan kaki anda mengalami darah beku.



Kalau time kena simpul biawak ni, sedap ooo sapu MUMMY LOTION dari Asmak ni. Rasa dia berangin dan lagi best, selepas sapu ni, kulit pon nanti jadi licin dan lembut je. Sakit hilang, kulit jadi cantik. Best ke best? 😘




Jom dapatkan pelbagai produk Asmak dan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan. Hubungi 👇

0135819100 Cikgu Basariah