Bahana simpul biawak

Assalamualaikum



Simpul Biawak



“Rasa sakit tu sampai boleh menitis air mata”




Ada yang panggil simpul biawak, tarik mengkarung, tapi sebenarnya itu adalah kekejangan kaki yang sering berlaku pada wanita mengandung. Bila tengah sedap tidur pada waktu malam, tiba-tiba rasa cramp, haa tuhan je yang tahu betapa sakitnya ia menyerang di bahagian kaki!



‼️Punca Terjadi ‘Simpul Biawak’



Secara dasarnya, simpul biawak dan rasa lenguh ini bukan hanya terjadi pada wanita mengandung sahaja tapi ia boleh berlaku pada sesiapa tidak kira muda mahupun sudah berusia. Terdapat beberapa teori yang menjelaskan mengapa ianya berlaku semasa hamil antaranya :



Berdiri terlalu lama dan banyak berjalan menyebabkan otot keletihan tambah pula dengan peningkatan berat badan

Hormon progesteron memberi kesan kepada otot kaki tidak kira pergerakan apa yang anda lakukan walaupun ianya berdiri.

Perkembangan rahim memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki anda.



Cara Atasinya



🌼Urutan



Bila terjadinya simpul biawak, pastikan kaki anda diluruskan dan gerak hujung jari kaki secara perlahan-lahan. Pastikan hujung jari mengarah ke atas dan bahagian tumit berada di bawah untuk mengurangkan tekanan pada otost betis dan membuatkan anda berada selesa.



🌼Rendaman Air Panas



Dah urut pun masih tak menjadi? Cuba rendamkan kaki dalam air suam atau gunakan alat tuaman panas pada bahagian yang anda rasa sakit. Dengan cara ini otot akan berada dalam keadaan lebih relaks dan ia mengurangkan rasa sakit di bahagian kaki.



🌼Betulkan Poster Badan



Bagi wanita hamil, make sure poster badan anda berada dalam keadaan yang optimum. Ini bermaksud elakkan tabiat melipat kaki ketika duduk supaya aliran darah berjalan lancar ke seluruh bahagian kaki. Selalu mesti rasa lenguh dan sakit belakang ketika mengandung kan? Jadi untuk lebih selesa gunakan bantal tambahan dan letakkannya di bahagian tengah kaki.



Haa bukan itu sahaja, pemakanan sewaktu hamil pun penting juga untuk mengelak terkenanya simpul biawak ni. Minum susu sebelum tidur untuk mengurangkan gelaja tersebut dan tambahkan pengambilan makanan yang mempunyai kandungan magnesium yang tinggi. Jika keadaan masih teruk, dapatkan nasihat daripada doktor untuk mengelakkan kaki anda mengalami darah beku.



Kalau time kena simpul biawak ni, sedap ooo sapu MUMMY LOTION dari Asmak ni. Rasa dia berangin dan lagi best, selepas sapu ni, kulit pon nanti jadi licin dan lembut je. Sakit hilang, kulit jadi cantik. Best ke best? 😘




Jom dapatkan pelbagai produk Asmak dan berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang lumayan. Hubungi 👇

0135819100 Cikgu Basariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.