Biasakan yang betul

Biasakan yang betul

Sememangnya bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua orang.

Bulan yang mulia dan penuh keberkatan. Kita akan merasa tenang sahaja di bulan ini. Semoga tahun ini kita mampu beribadah lebih banyak dari tahun sebelum ini.

Banyak benda kita boleh perbaiki insyaAllah,antaranya :

  • Tidur lebih awal
  • Hidupkan 1/3 malam dengan Qiamullail
  • Buat persiapan supaya sahur tidak kelam kabut
  • Lewatkan sahur dan jangan makan terlalu banyak kerana takut lapar
  • Jangan lupa berdoa waktu sahur kerana doa ketika ini mustajab
  • Sementara menunggu Azan Subuh bacalah Al quran dan berzikir
  • Jika boleh solat di masjid/surau terdekat secara berjemaah
  • Belajar biasakan diri buat solat sunat Qabliyah dan Ba’diyah
  • Setiap kali selepas solat berdoa secara khusus,mintalah dengan sepenuh hati.
  • Berazam untuk khatam Al quran dalam bulan Ramadhan
  • Berazam untuk memperbaiki diri lebih baik dari segi JERIS (jasmani,emosi,rohani,intelek dan spiritual)
  • Sedekah setiap hari
  • Luangkan lebih banyak masa dengan anak dan keluarga
  • Kurangkan pembaziran
    -Amalkan hidup minimalis

Bulan puasa ni bulan yang sangat bagus untuk kita praktis apa-apa yang kita nak buat sebelum ini.Ia bulan yang dapat melembutkan hati kita Insyaallah.

Tapi jangan lupa,untuk kekal bertenaga,ambillah makanan yang berkhasiat. Kak Ayu memang tak lupa ambil sesudu madu Asmak setiap hari.Jika perlu Kak Ayu ambil 2 sudu dicampur dengan air.Jadi Kak Ayu tak minum air manis lain melainkan dari madu atau stevia sahaja.

Selamat beribadah. Semoga info yang dikongsikan bermanfaat.Jangan lupa share untuk dirujuk kemudian.

KakAyuAsmak #IhyaRamadhanbyAsmak #057Gempur #MisiBiasakanYangBetul #Asmak4u057 #WeAreFamily #AsmakPerak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.