Bukan selesema?

Bukan selesema?

KUSANGKAKAN SELSEMA RUPA-RUPANYA..😰



Lebih kurang seminggu anak Nad selsema. Masih tak baik-baik lagi. Dia ni cukup susah bila kita nak sapu Minyak Herba Asmak di atas hidung. Pantang sungguh oi! Dia hanya bagi Nad sapu kat dada dan belakang ja.



Jadi, hari-hari Nad sapu minyak kat dada dan belakang kecuali hidung. Hari Selasa minggu lepas kan,  Nad perasanla hingus dia bertukar warna koko… YEKKK!!! Bila kita dekat dengan dia bau lain macam aja. Apa lagi, Nad pon ambik putik kapas, sapukan Minyak Herba Asmak dalam lubang hidung dia.



Lepas dua hari sapu, Alhamdulillah hingus pon berkurang dan mula kering. Tapi bau busuk 😷 masih ada. Nad pon suluh la lubang hidung dengan lampu dan ternampak ada satu benda di dalam lubang hidung.



Mai malam Jumaat, baru Nad habaq kat Suami yang ada benda dalam lubang hidung anak.



Dengan selamba ja Dina kata:



” Dina bubuh kacang dalam lubang hidung ” Hahhh 🙀.Terkejut kucing kami semua.



“Dah lama dah Dina bubuh”



Adoi anak ibu oooiii 😭 Duk tengok lubang hidung banyak hari, boleh dia tak cakap langsung. Tapi sekali abah dia tanya, terus dia cakap. Sabaq ja laaaaaaa.



Nad dan suami bergegas bawak Dina ke klinik dekat rumah.



Punya siksa nak buang kacang dalam hidung siap kena tendang dengan dia. Dia punya memberontak tak bagi doktor pegang hidung dia. Selepas beberapa kali percubaan hidung dah mula merah. Maka doktor di klinik swasta kata baik rujuk hospital. Kami pilih ke swasta dulu sebab biasa la budak cepat bosan dan Nad malas nak tunggu lama-lama.



Di hospital swasta pun tak dapat sedut kacang yang lekat di dalam hidung maka kami pon terpaksa ke Hospital Sultanah Bahiyah.



Masa kami sampai tu dah jam 12 tengah malam. Nasib baik malam tu, staf baru selesaikan satu kes kemalangan. Doktor pelatih kat situ terus hubungi Doktor Pakar yang bertugas. Kami diarah ke wad di tingkat 6 untuk pemeriksaan.



Sampai ja dalam wad, doktor tanya dah berapa lama jadi benda ni. Kami habaqla dah beberapa hari.



Apa????? 😡😡😡



Doktor kata mana boleh biar lama. Benda ni boleh membawa MAUT!!!! Tambah lagi kalau paru-paru terkena jangkitan kuman.



Syukurla Doktor Pakar hidung memang pakar betoi. Suami Nad kepit anak dan dibantu dua orang nurse. 2 kali tarik dah keluar KACANG dalam hidung.



Kalau tak boleh keluar kacang malam itu, maka kena masuk dewan bedah la.



Apapun Alhamdulillah tak kena jangkitan kuman dan doktor dah bagi ubat hidung untuk digunakan selama seminggu.



Walaupun hingus dah bertukar jadi koko tapi hingus kering selepas sapu MINYAK HERBA ASMAK.



Ibu-ibu,kalau anak selsema lama, ingat taw tengok lubang hidung dia, takot nanti BUKAN SELSEMA TAPI BENDA ASING DALAM HIDUNG.


Asmak4u057

KacangDalamLubangHidung #BasedOnTrueStory #PengalamanNgeri #MujurAdaMinyakHerbaAsmak


0135819100 Rabiahtun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.