Hotel di Bentong

Assalamualaikum

Alhamdulillah berkesempatan bercuti sambil berbisnes di bentong.

Luar macam rumah kedai

Kami check in hotel Kristal ni pada 1/9/2018 dan check out 2/9/2018. Cari hotel melalui trivago dan dia direct ke booking.com. Kononya rate tu paling murah. Masa booking tak sampai rm300 tapi bila ada bayar pada 1hb ada SST dah jadi rm3++. Huhu..sedih.

Harga perlu dibayar

Harga selepas SST..cukai saja RM17.28 😭

Harga asal

Harga asal sebelum SST

Ok, nak review sket pasal hotel ni.

Jom cekidout

Mula sampai je tengok..adoi..ni ke hotel. Dahla mahai macam rumah kedai je 😅

No bilik pon unik

Kami dok bilik ni. Nombor bilik semua nombor sama tiga kali..contoh 111, 222 😂

Toilet pandangan dari depan
Pandangan dari dalam

Toilet memang cun habis..luas dan ada pintu kaca. Sesuai sangat buat pasangan yang berbulan madu

Dapat dua katil queen. Katil dia besar. Best betoi!

Disediakan juga pantry ringkas tapi elegan. Ada peti ais mini kat bawah tu. Banyak juga dia bagi kopi, krimer, susu..yela..booking bilik utk 4 org..dua dewasa dua kanak-kanak 😎

Meja makan + buat kerja

Ada couch lagi. Saya buat kerja bisnes kat sini sambil-sambil minum kopi. Santai habisla

Ni yang dikatakan luar setinggan, dalam kondo 😂

TV besar

Tv besar tapi bukan HD la. Anak-anak dok layan channel disney ja..huhu..takpala bagi cannnnnn

Toiletries memang banyakla dia bagi. Berus gigi 4 batang, pencukur 2 set, snow cap dan sikat 2 batang. Sabun buku seketoi tapi dia ada bagi sabun mandi lifebuoy dalam botoi..dah tinggal sikit dan juga shampoo rejoice mini hijau tu

Lokasi hotel ni memang betul-betul tengah pekan. Belakang KFC, pastu tepi hotel je ada warung makanan melayu yang harganya agak murah dan sedap. Dekat juga dengan Bentong Walk.

Yang tak best, wifi kat bilik hotel tak stabil. So, at last, kena guna wifi sendiri ja. Lagi satu, cek in patut pukul 2 tapi, pukul 3 baru boleh masuk. Kesian encik hasben kena layan karenah anak-anak sementara boleh cek in. Mama sibuk kursus 😂

Dari 5 bintang, saya bagi hotel ni 3.5 bintang.

Percutian tak lengkap kalau tak bawa produk Asmak bersama-sama 😘

Mencari produk selamat untuk keluarga anda? Asmakla jawapannya. Hubungi saya:

0135819100 Cikgu Basariah