Kenapa Asmak?

Sebab apa ramai kata produk Asmak best sangat ye?

Sebab utama dengan izin Allah.
Sebab kedua ia bukan petik dari kilang produk sedia ada. Kami akan buat kajian ringkas dulu bahan utama dan produk macam mana kami nak.

Kami juga kaji pasaran serba sedikit. Ambil tahu apa pasaran nak.

Lepas tu bermulalah proses dengan kilang yang memang kami pilih.

Untuk info produk Asmak semuanya dengan 7 buah kilang bukan sebuah kilang. Kerana setiap kilang kepakaran dan kelebihan berbeza.

Kami berbincang dengan kilang supaya chemist mereka boleh cadangkan bahan lain yang sesuai digabungkan kerana itu kepakaran mereka.

Mereka akan R&D dan berikan sample. Reject sampai 10 kali tu biasa. Dekat sini sahaja ambil masa berbulan. Pakai sendiri dan mereka yang terdekat.

Jika berpuas hati, minta dia buat sample lagi dalam 50 – 200 unit untuk beri pada agen dan pelanggan pula. Jika fasa ni dapat feedback positif, baru kami proceed. Sini pun ambil masa berbulan.

Jika tak berpuas hati, kami akan batalkan dan buat lain.

Walaupun nampak Asmak macam banyak produk tapi tak ada yang kami buat cincai. Semua ada proses tersendiri. Dan ada satu tahun tu saya tak cukup tidur, buat kajian sikit, cari sendiri material untuk packaging dan banyak lagi.

Dan sepanjang buat produk, ada 2 produk yang kami stop pengeluaran atas sebab 1)produk jadi bermasalah 2)produk makanan ala-ala jamu.

Produk kedua kami batalkan saya berasa lega sebab saya memang tak berapa suka nak jual produk yang kita tak tahu kesan jangka masa panjang pada pengguna. Tak naklah jadi pendosa tanpa sedar kan. Walaupun ada permintaan tapi keselamatan pengguna lebih penting buat kami.

Sekadar berkongsi. Nanti saya sambung lagi kalau ramai suka.

Orang selalu cakap senang buat produk. Ye, jika anda jenis cincai.

AsmakStory

Nfam,
Semua orang boleh buat produk, tapi tak semua boleh menjual. Produk yang dibuat dari hati insyaAllah akan memberi kesan yang jauh lebih baik pada pengguna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.