Khatan

Khatan

Assalamualaikum

Cuti sekolah ni mesti ramai yang bersunat kan?

Cikgu dan suami memang target nak khatankan kedua-dua anak teruna kami dalam cuti ni.

Tarikh dipilih ialah sabtu pertama cuti sekolah iaitu pada 24/11/2018.

Disebabkan pada tarikh tu ada pendaftaran tahun 1 dan kenduri kahwin, maka kami pergi selepas selesai menghadiri kedua-dua acara tersebut. Bagi depa dua mandi siap-siap sebelum pi tu.

Bang Chaq cuba menghilangkan debaran dengan layan mainan kat klinik
Rafif ralit dengan mainan
Mujur Nurin tak ikut, kalau tak, jenuh nak stop dari main ni 😂
Dah bosan main, debaran kian terasa
Apalah agaknya di fikiran Razin tu?
Yeay, saya dah sunat! Bergambar bersama doktor klinik Al-Amin lagi
Berpantang di taman pon tetap kena sangkut buat tali ni.  Dah sedia dua tali tapi guna satu ja. Tahun depan pulak misi seterusnya 😂

Menanti sejak jam 3 petang di klinik Al-Amin akhirnya jam 4 petang tiba juga giliran anak teruna kami.

Rupanya kali ni hanya rezeki Rafif dahulu yang bersunat. Di usia 6 tahun, rafif disunatkan. Razin pula, menurut doktor, perlu mengurangkan berat badan dahulu dan cuba lagi pada tahun depan. Kesian Razin. Dia yang beria-ria nak berkhatan ni.

Buat yang nak tahu, kos berkhatan secara laser di klinik Al-Amin ini ialah rm160 seorang. Pada asalnya rm170 kata suami cikgu, tapi dapat diskaun pula hari tu. Rezeki, alhamdulillah 😄

Masuk hari ni dah 2 minggu, luka berkhatan pon dah makin sembuh. Rafif berkhatan guna laser. Sebabnya orang kata lebih cepat baik. Sepatutnya dah sembuh sepenuhnya, tapi disebabkan dia ni lasak dan suka mengopek sehingga luka, lambat pa sikit.

Setiap kali selepas mandi, cikgu ikhtiar letakkan minyak herba asmak ke luka agar cepat kering dan sembuh. Alhamdulillah memang luka cepat kering.

Tips cepat legakan luka:

1. Hari pertama tak payah mandi lagi. Cuma bila dia kencing, cuci sikit renjis-renjis dengan air dan lap bersih.

2. Dah boleh mandi, tapi bahagian yang dikhatan itu, tutupkan dengan cawan pakai buang supaya air tak terus kena secara langsung. Pedih ooo. Bila dah nak selesai mandi, renjis-renjis sikit dan keringkan sehingga bersih.

3. Beberapa hari awal tu, sentiasa sapukan krim antibakteria yang diberikan doktor untuk elak jangkitan kuman.

4. Bila dah kering dan nampak ada kuping tu, bolehla bagi dia berendam dalam air supaya kuping cepat luruh. Gunakan air suam.

5. Boleh sapukan minyak herba Asmak di sekeliling luka agar luka cepat sembuh.

6. Berpantang makan selagi luka belum betul-betul sembuh. Elakkan makanan gatal dan yang ada telur. Telur tu risau bernanah je nanti.

Tahun depan, misi khatankan Razin pula. Semoga Allah permudahkan.

Setel satu bab. Hehe 😁

Produk Asmak selamat dan berkesan untuk seisi keluarga. Tak tahu cara dapatkan produk-produk ni? Hubungi:

0135819100 Cikgu Basariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.