Kisah bersunat

Hai korang!

Pejam celik pejam celik dah 2 minggu cuti sekolah. Rasa macam tak bercuti pon ada ni 😂

Alhamdulillah cuti ni, anak sulung Kak Ayu dah selamat bersunat. Sekarang tengah berpantang semoga cepat dikurniakan kesembuhan.

Tahun lepas adiknya bersunat dahulu. Masa adik bersunat dulu, Kak Ayu hanya berani letak Minyak Herba Asmak selepas beberapa hari. Punyalah seriau. Dekat seminggu baru nak lega betul.

Untuk si abang kali ni, balik je rumah, terus suami kak Ayu letak Minyak Herba Asmak. Alhamdulillah memang cepat proses penyembuhannya. Hari ke dua pon nampak dah kering elok. Masuk hari ketiga dah boleh jalan dan duduk dengan selesa. Syukur sangat.

Petang ni Kak Ayu nak gerak balik ke Teluk Intan. Esok dan lusa ada kursus pula di Bentong. Kali ni hanya bawa Nurin dan suami jadi teman. Razin dan Rafif terpaksa Kak Ayu tinggal dengan mak mentua di Kedah.

Doakan perjalanan menuntut ilmu ini dipermudahkan.

Salam Jumaat ! 😘

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.