Kompom jadi

Cuti hujung minggu adalah hari kononnya nak bermalas-malasan. Tapi nampaknya bukan minggu ini.

Sabtu dan Ahad minggu ni dah penuh dengan plan. Sabtu menyambut sahabat lama yang dah 13 tahun tidak bertemu. Bersungguh-sungguh kami suami isteri mengemas rumah yang umpama tongkang dilanggar garuda.

Akibat kesibukan itu, saya terlupa menyeterika baju dan tudung yang ingin dipakai untuk bergambar. Mujur teringat ada tudung magik Awra Norfa yang kompom jadi cantik dan kemas pemakaiannya walau dilipat dan tidak diseterika.

Buktinya? Nah, saya sertakan gambar.

Demi tuhan, saya tidak menyeterika tudung ini. Terus sahaja diambil dari lipatan. Kekal anggun kan? 😘

Saya duduk paling kiri bertudung biru batik Awra Norfa

One Reply to “Kompom jadi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.