Mengacom

Mengacom

Mengacom

“Abah..bang chaq kan..dia tumpahkan air atas buku rafif”, adu anak kedua saya kepada abahnya.

Saya yang sedang khusyuk menyeterika baju tersenyum sendiri mendengar kata-kata tersebut.

Tiba-tiba kenangan masa kecil bersama abang-abang dan kakak saya bermain di minda. Dahulu masa kecil, sayalah yang paling kerap mengacom (mengadu) kepada mak dan ayah. Saya digelar anak manja ibu dan ayah kerana saya merupakan anak bongsu.

Biasalah karenah anak bongsu ni memang pantang diganggu, pantang diusik mesti laju sahaja mengacom kepada mak dan ayah. Abang-abang saya pula boleh tahan nakal dan kuat mengusik kecuali abang sulung saya yang agak memanjakan saya dan adik beradik lain. Disebabkan sikap kuat mengacom tu, abang-abang dan kakak memang agak meluat dengan saya dulu.

Air dicencang takkan putus. Sebenarnya, walau saya berperangai macam tu, saya tahu di sebalik perasaan meluat kepada saya tu, abang-abang dan kakak saya sayangkan saya. Merekalah yang banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah sampailah tamat pengajian di universiti. Jasa mereka memang tak dapat saya balas hanya doa setiap kali selesai solat mampu saya kirimkan kepada setiap mereka semoga dimudahkan segala urusan menempuhi hidup ini.

Saya doakan ketiga-tiga anak saya, Razin, Rafif dan Nurin akan sentiasa menjaga satu sama lain. Semoga hubungan adik beradik yang lahir dari rahim yang sama ini kekal utuh dan tidak goyah sampai bila-bila.

Mama sayang kalian bertiga sampai hujung nyawa.

dav

Drbasya, kasihnya ibu sampai ke syurga
6/5/2018, 7.50p.m

P/s: ibu yang sayangkan anak itu, ibu yang sentiasa standby MINYAK HERBA ASMAK di rumah. Kalian dah beli ke? 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.