Jatuh hati dengan Awra Norfa

PERNAH TAK STRESS TIME NAK PAKAI TUDUNG ?. BILA TENGOK TUDUNG SENDIRI JADI MOODY ๐Ÿ˜‚

โŒ Tudung tak jadilah
โŒ Awning senget lah
โŒ Berkedut lahh
โŒ Panas
โŒ Corak tak menarik
โŒ Singkat
.
.
Ha,sebab itulah pentingnya memakai tudung yang betul supaya tak kacau mood kita.Sebab tudung boleh jadi satu hari rosak tau.Jadi penampilan biar betul-betul menutup aurat dan selesa.
.
AWRA NORFA mampu memberikan apa yang anda inginkan dengan design yang bermacam pilihan serta kualiti kain superb selaras dengan keinginan anda.
.
Saya yakin selepas pakai Awra Norfa ni, tak ada dah masalah lambat nak siap dan kurang keyakinan diri.Terasa lebih yakin,selesa dan memberi mood positif sepanjang hari. Anda akan Nampak lebih anggun, ayu dan jelita. Tak percaya? cubalah satu ๐Ÿ˜๐Ÿ˜
.
.
โ€œPerfect Your Day With AWRA NORFAโ€

Kekal anggun, bergaya tetap selesa

Salam Aidilfitri 2018

Assalamualaikum

Di kesempatan yang ada ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan Selanat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Semoga Allah terima segala amal ibadat kita semua dan memasukkan kita ke dalam syurgaNya tanpa di hisab. Aamiiin.

Selamat menyambut lebaran 2018

Tin kosong

Sejak berlaku peralihan tampuk pimpinan negara, saya dan suami lebih suka menjadi pemerhati kepada senario masyarakat. Di laman fb pelbagai status kelihatan.

Ada yang mengucapkan kesyukuran. Ada yang meluahkan kegembiraan dalam masa yang sama kuat mengeluarkan kata-kata hentaman kepada pucuk pimpinan terdahulu. Ada juga yang hanya menjadi tukang like dan share post sahaja. Sayalah salah seorang darinya. Itu pun kalau post tersebut saya suka dan menyuarakan isi hati saya yang tidak mampu terluah dek tulisan ini. Haha.

Kalau nak lihat sikap sebenar seseorang manusia, inilah masanya. Yang dahulunya kuat mengipas pihak yang kecundang, kini sepi tanpa suara. Ada pula yang tiba-tiba beralih angin mengipas pimpinan baru pula. Dunia..dunia..cepatnya kau berubah.

Hubungi 0135819100 untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak

Belum lagi kisah pemimpin yang melompat parti. Tidak perlu diulas di sini. Itu adalah hak masing-masing. Pasti ada sebab tindakan itu dilakukan. Selaku orang awam, elokla berhenti mengecam. Tak pasal-pasal dosa kering ja dapat nanti.

Menerusi media sosial masing-masing dilihat menyatakan hasrat mahukan negara berubah menjadi lebih baik. Masing-masing mengharapkan pucuk pimpinan negara melakukan sesuatu untuk menjadikan negara lebih maju dan kaya.

Tahu tak, sebenarnya nak berubah ni kena bermula dari diri sendiri? Kalau buang sampah pon tak reti masukkan dalam tong sampah, apa kes ni? Pergi sahaja ke bank, kertas resit bertaburan di sana sini. Kalau dah nampak tong sampah tu penuh, apakah salahnya simpan dahulu dalam beg atau pegang sehingga bertemu tong sampah lain. Mudah dan jimat lagi kalau tak ‘print’ pon resit tu. Cukuplah tengok baki sahaja.

Lagi satu, pasca pilihanraya, jalan-jalan kelihatan kotor dan semak dengan bendera parti yang tidak dikutip. Ada yang jatuh ke tanah, malahan ada pula yang dipijak dan digilis kenderaan. Ke mana perginya semangat juang dan sayangkan parti yang dicanang-canang sebelum ini? Bendera pon dibiar bergantungan tanpa pengurusan. Tahniah buat parti yang berjaya mengutip semula bendera dan mengemasnya. Yang lain tu, takkan nak tunggu majlis bandaran yang bersihkan?

Sikap masyarakat perlu berubah. Negara takkan maju kalau rakyat kekal dengan sikap macam tin kosong. Cakap saja boleh, tindakan tiada.

Betulkan mentaliti kita. Sikap kita sebenarnya penentu masa depan negara.

Drbasya, in shaa Allah bukan tin kosong
14 Mei 2018, 9.56 a.m

Selamat pagi negaraku

Bahang pilihanraya masih belum hilang.
Malaysia telah bersuara membuat pilihan.

Buat julung kalinya selepas 61 tahun menerajui negara, Barisan Nasional tumbang akhirnya.

Semoga pilihan yang dilakukan ini tepat.

Kita mengharapkan yang terbaik dari kepimpinan baru negara. Semoga sinar cahaya yang lebih baik buat semua rakyat negaraku Malaysia yang tercinta.

Pekena roti john panas-panas sambil layan berita
Saya dah pilih

Sedikit selingan buat semua:

Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14

1. Ucapan apabila menang

Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah:

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู

‘Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.’

2. Ucapan apabila kalah

Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah:

ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู

‘ Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.’

Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H) yang menyebut;

ูƒูŽุงู†ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู€ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู€ ุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูุญูุจู‘ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€โ€โ€ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุงู„ู‘ูŽุฐููŠ ุจูู†ูุนู’ู…ูŽุชูู‡ู ุชูŽุชูู…ู‘ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญูŽุงุชู โ€โ€โ€ โ€.โ€ ูˆูŽุฅูุฐูŽุง ุฑูŽุฃูŽู‰ ู…ูŽุง ูŠูŽูƒู’ุฑูŽู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ โ€โ€โ€ ุงู„ู’ุญูŽู…ู’ุฏู ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ุนูŽู„ูŽู‰ ูƒูู„ู‘ู ุญูŽุงู„ู โ€โ€โ€

‘Apabila Rasulullah salallahualaihiwassalam melihat perkara yang baginda sukai, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.’

[HR. Ibn Majah, Kitab al-Adab no: 3803]

3. Ucapan apabila mendapati orang yang buruk memenangi jawatan kepimpinan

ุฅูู†ู‘ูŽุง ู„ูู„ู‘ูŽู‡ู ูˆูŽุฅูู†ู‘ูŽุง ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู†ูŽ ุŒ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุฃูŽุฌูุฑู’ู†ููŠ ูููŠ ู…ูุตููŠุจูŽุชููŠ ุŒ ูˆูŽุฃูŽุฎู’ู„ููู’ ู„ููŠ ุฎูŽูŠู’ุฑู‹ุง ู…ูู†ู’ู‡ูŽุง

‘Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan gantikanlah apa yang lebih baik daripadanya.’

Doa dan ucapan ini pula diambil daripada hadith riwayat Muslim, no. 1531.

# Biasakan diri kita mengikuti al-Sunnah, moga mendapat keampunan dan rahmat Allah!

Pening kepala dan sesak nafas parti pilihan anda kalah? Sapulah minyak herba asmak! ๐Ÿ˜˜

Drbasya, bukan penganalisis politik.
10 mei 2018, 9.17 am

Mengacom

Mengacom

“Abah..bang chaq kan..dia tumpahkan air atas buku rafif”, adu anak kedua saya kepada abahnya.

Saya yang sedang khusyuk menyeterika baju tersenyum sendiri mendengar kata-kata tersebut.

Tiba-tiba kenangan masa kecil bersama abang-abang dan kakak saya bermain di minda. Dahulu masa kecil, sayalah yang paling kerap mengacom (mengadu) kepada mak dan ayah. Saya digelar anak manja ibu dan ayah kerana saya merupakan anak bongsu.

Biasalah karenah anak bongsu ni memang pantang diganggu, pantang diusik mesti laju sahaja mengacom kepada mak dan ayah. Abang-abang saya pula boleh tahan nakal dan kuat mengusik kecuali abang sulung saya yang agak memanjakan saya dan adik beradik lain. Disebabkan sikap kuat mengacom tu, abang-abang dan kakak memang agak meluat dengan saya dulu.

Air dicencang takkan putus. Sebenarnya, walau saya berperangai macam tu, saya tahu di sebalik perasaan meluat kepada saya tu, abang-abang dan kakak saya sayangkan saya. Merekalah yang banyak membantu saya sepanjang saya bersekolah sampailah tamat pengajian di universiti. Jasa mereka memang tak dapat saya balas hanya doa setiap kali selesai solat mampu saya kirimkan kepada setiap mereka semoga dimudahkan segala urusan menempuhi hidup ini.

Saya doakan ketiga-tiga anak saya, Razin, Rafif dan Nurin akan sentiasa menjaga satu sama lain. Semoga hubungan adik beradik yang lahir dari rahim yang sama ini kekal utuh dan tidak goyah sampai bila-bila.

Mama sayang kalian bertiga sampai hujung nyawa.

dav

Drbasya, kasihnya ibu sampai ke syurga
6/5/2018, 7.50p.m

P/s: ibu yang sayangkan anak itu, ibu yang sentiasa standby MINYAK HERBA ASMAK di rumah. Kalian dah beli ke? ๐Ÿ˜‰

Pergi tak kembali

1 Mei 2018

Lebih kurang jam 8 pagi dapat panggilan dari ayah. Kata ayah, ada berita menyedihkan. Jantung berdebar tak terkata. Pak Lang Hamzah meninggal, kata ayah. Terkedu seketika. Mula tu keliru dan tak terbayang langsung siapa.Selepas ayah sebut beberapa detail baru teringat. Rasanya baru beberapa bulan lalu kami menziarah arwah. Tak sangka kini arwah telah pergi meninggalkan kami.

Terus saya hubungi abang sulung saya untuk mengatur perjalanan kami bersama. Plannya, abang long turun dari manjung singgah ke teluk intan. Dari teluk intan, naik kereta saya yang dipandu suami kemudian singgah ke bidor mengambil seorang lagi abang saya. Kami tiba di Rembau sekitar jam 3 petang. Bukan rezeki kami memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kerana urusan pengebumian rupanya selesai lebih awal sekitar jam 11 pagi. Hanya mampu berjumpa ahli keluarga yang ditinggalkan.

Dari anak pak lang, kami dapat tahu punca kematiannya kerana sakit perut. Katanya ada urat yang bengkak dan pecah. Allahu..tak terbayang deritanya pak lang masa itu. Teringat kata ustaz, antara syahid kecil adalah orang yang meninggal akibat sakit di bahagian perut. Syukur Allah mudahkan urusan arwah. Menurut mak lang, arwah bukanlah seorang yang ramah dan ramai kawan, namun semasa solat jenazah, ramai yang menyertai. Tak tahu dari mana datangnya jemaah yang ramai itu. Segala urusan pengebumian arwah pon lancar sekali. Cuaca yang terik dan banyak hari tidak hujan, tiba-tiba sahaja mendung sepanjang arwah dikebumikan. Seolah-olah bumi turut bersedih dengan pemergian arwah. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah pak lang Hamzah dan tempatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang soleh.

Selepas selesai menziarah keluarga arwah pak lang, kami singgah ke Kota untuk menziarah Mak Ngah pula. Rezeki kami baik kerana kebetulan Pak Usu ada di sana juga. Sempatlah bersembang-sembang melepas rindu bertanya khabar dan menunaikan solat jamak sebelum bertolak pulang.

Saya sekeluarga tiba semula ke Teluk Intan jam 11.30 malam. Suatu perjalanan yang meletihkan namun punya ikhtibar yang boleh direnung.

dig

Drbasya, semoga diberi kesempatan bertaubat sebelum maut menjemput
3 Mei 2018, 9.58 pm

Perihal kecil besar

Yang besar tak semestinya gagah, yang kecil tak semestinya lemah.

Paling mudah, cuba tengok cili. Semakin halus cili tu, semakin pedas tau dia. Manusia pon macam tu. Jangan kita ingat, orang yang besar ni mereka kuat, kadang nak angkat benda berat sikit tak boleh. Orang lebih kecil boleh pula angkat. Tapi, ni bukan alasan untuk kita perlekeh orang yang macam ni dan sanjung tinggi pula yang sebaliknya.

Kekuatan setiap orang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu kita ni hidup kena berhubung. Saling mencukupi. Yang kuat bantu yang lemah. Yang kaya bantu yang miskin.

Jangan suka sangat gelakkan orang. Kutuk orang sana, kutuk orang sini. Diri sendiri je yang betul dan hebat. No!No! No! Ini bukan sikap yang nabi ajar untuk kita.

Terima kelemahan orang, hargai kelebihan mereka. Bantu mana yang boleh. Kelemahan, kekurangan orang lain boleh jadi juga ujian buat kita. Jangan terlalu mudah mengatakan kita boleh itu, kita boleh begini selagi kita belum diuji. Ujian Allah beri sesuai dengan kemampuan diri. Kita nampak bagus ni pon, sebab Allah tutup keburukan dan kelemahan kita.

Usah sentiasa merasa sedih, usah terlalu merendah diri sehingga dipijak-pijak. Bersederhana adalah yang terbaik. Ada kalanya kita juga perlukan pujian dan beri penghargaan kepada diri sendiri. Kita bukanlah malaikat yang sentiasa ‘perfect’. Berazamlah untuk menjadi hamba Allah yang terbaik dan cuba lakukan yang terbaik. Sentiasa beristighfar apabila tersasar dari landasan. Bukankah istighfar itu menyuci dan menenangkan hati?

Hebat, bukan untuk meninggi diri, hebat petanda kita WAJIB semakin tunduk sujud kepadaNya.

-Drbasya, yang biasa-biasa saja-
23/4/2018, 8.08 pagi

Lagi kisah menarik di:
abgniaga.com
norahtuah.com
anitahasan.com
teacherbasariah.blogspot.com

Nurin dan HMS

Hai semua!

Malam ni Nurin nak promote Hair Moisturizer With Serum(HMS)

Best sangat HMS ni. Mama kata, sebelum ni susah sangat nak sikat rambut Nurin. Asyik tersekat je kat sikat. Pastu Nurin sakit mesti lari taknak sikat rambut.

Tapi bila guna HMS ni, rambut Nurin jadi lembut. Mudah disikat. Tengok ni, kemas je rambut mama dah sikat siap ikat lagi.

Mama Nurin jual HMS ni. Kalau nak, hubungi mama Nurin ye.

Nurin nak tidur dah.

Selamat malam semua ๐Ÿ˜˜

Ada apa dengan spageti?

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan spageti carbonara. Sesekali tekak ini teringin pula merasa makanan barat. Mengada!

Usai makan, saya dapati masih banyak spageti di atas dapur. Sementara masih panas, terfikir pula nak disedekahkan kepada jiran. Jiran di sebelah rumah ni tiada nampaknya. Teringat pula jiran yang agak jauh sikit dari rumah. Anaknya bersekolah sama dengan anak saya. Lantas saya meminta anak sulung saya, Razin keluar dan menghantarkan sebekas spageti ke rumah sahabatnya itu.

Saya segera masuk ke bilik dan mula menarah timbunan gunung kain baju yang seminggu tidak ditarah. Adus, letih sekali!

Sedang leka saya mengelaskan pakaian yang telah dilipat kepada bahagian masing-masing, terdengar laungan Razin memanggil nama saya berulang-ulang. Bergegas saya mendapatkannya. Risau pula kalau ada apa-apa.

“Mama, ibu Umar nak beli minyak asmak yang macam biasa tu sebotol,” ujar Razin sambil menghulurkan not RM50 kepada saya. Syukur alhamdulillah. Niat saya yang ikhlas untuk bersedekah pagi ini, nampaknya langsung Allah balas dengan membuka pintu rezeki buat saya di pagi hari.

Segera saya masuk ke bilik kerja dan mengambil stok Minyak Herba Asmak 30ml, dimasukkan ke dalam plastik dan turut saya selitkan cenderamata dalam plastik itu. Memang biasa saya berikan hadiah kepada semua pelanggan saya. Rasa gembira dapat berkongsi rezeki dan menggembirakan orang lain.

Saya dapatkan Razin sambil menghulur plastik berisi minyak asmak serta wang baki sebanyak RM11. Tidak lupa juga saya berpesan kepada Razin untuk membuat akad jual beli dengan ibu sahabatnya itu.

Syukur, alhamdulillah. Peristiwa kecil pagi ini membuka mata saya betapa benar sedekah itu pembuka rezeki. Semakin banyak kita memberi, semakin banyak kita menerima. Sifir Allah tak sama dengan sifir yang kita belajar dalam mana-mana buku teks di dunia ini. Yakin bahawa Allah adalah pemberi rezeki utama dan sentiasa bersyukur kepada Nya. Bukankah semakin kita bersyukur kepada Allah, semakin banyak Allah akan beri kepada kita?

-Drbasya,teruskan ikhlas dalam memberi-
22/4/2018, 1.11pm