Pergi tak kembali

Pergi tak kembali

1 Mei 2018

Lebih kurang jam 8 pagi dapat panggilan dari ayah. Kata ayah, ada berita menyedihkan. Jantung berdebar tak terkata. Pak Lang Hamzah meninggal, kata ayah. Terkedu seketika. Mula tu keliru dan tak terbayang langsung siapa.Selepas ayah sebut beberapa detail baru teringat. Rasanya baru beberapa bulan lalu kami menziarah arwah. Tak sangka kini arwah telah pergi meninggalkan kami.

Terus saya hubungi abang sulung saya untuk mengatur perjalanan kami bersama. Plannya, abang long turun dari manjung singgah ke teluk intan. Dari teluk intan, naik kereta saya yang dipandu suami kemudian singgah ke bidor mengambil seorang lagi abang saya. Kami tiba di Rembau sekitar jam 3 petang. Bukan rezeki kami memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kerana urusan pengebumian rupanya selesai lebih awal sekitar jam 11 pagi. Hanya mampu berjumpa ahli keluarga yang ditinggalkan.

Dari anak pak lang, kami dapat tahu punca kematiannya kerana sakit perut. Katanya ada urat yang bengkak dan pecah. Allahu..tak terbayang deritanya pak lang masa itu. Teringat kata ustaz, antara syahid kecil adalah orang yang meninggal akibat sakit di bahagian perut. Syukur Allah mudahkan urusan arwah. Menurut mak lang, arwah bukanlah seorang yang ramah dan ramai kawan, namun semasa solat jenazah, ramai yang menyertai. Tak tahu dari mana datangnya jemaah yang ramai itu. Segala urusan pengebumian arwah pon lancar sekali. Cuaca yang terik dan banyak hari tidak hujan, tiba-tiba sahaja mendung sepanjang arwah dikebumikan. Seolah-olah bumi turut bersedih dengan pemergian arwah. Semoga Allah ampunkan segala dosa arwah pak lang Hamzah dan tempatkan arwah dalam kalangan hambaNya yang soleh.

Selepas selesai menziarah keluarga arwah pak lang, kami singgah ke Kota untuk menziarah Mak Ngah pula. Rezeki kami baik kerana kebetulan Pak Usu ada di sana juga. Sempatlah bersembang-sembang melepas rindu bertanya khabar dan menunaikan solat jamak sebelum bertolak pulang.

Saya sekeluarga tiba semula ke Teluk Intan jam 11.30 malam. Suatu perjalanan yang meletihkan namun punya ikhtibar yang boleh direnung.

dig

Drbasya, semoga diberi kesempatan bertaubat sebelum maut menjemput
3 Mei 2018, 9.58 pm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.