Resepi Ayam Madu Golek

Assalamualaikum



Pertama kali dalam hidup berjaya buat ayam golek ni. Rasa bahagia sekali tengok hasilnya sangat anggun. Rasa pon boleh tahan. Cuma silap terkurang garam jek. Al maklum puaseeee..hehe.



Ok, ni Kak Ayu kongsikan resepi ayam golek ala-ala Kenny Rogers ni. Modififikasi sket resepi asal yang ditemui dari beberapa group masakan dan mingguan wanita.



AYAM PANGGANG MADU ALA KR



Bahan-bahan



1 ekor ayam

1 labu bawang besar

5 ulas bawang putih

1 senduk Madu Halia Bentong

2 sudu makan oren sunquick

2 senduk sos blackpaper

1 kuib pati ayam

3 sudu makan marjerin (cairkan kejap atas api)

1 biji kentang (rebus empuk, nak cepat empuk, potong kecik sket br rebus)

1 sudu garam(ikut saiz ayam)



Cara-cara:



Blend semua bahan dan lumur kat ayam luar dan dalam. Perap selama 3-4 jam.



Bakar pada suhu 220°C selama 60 minit (bergantung pada saiz ayam masing-masing). Cucuk sket untuk tentukan ayam dah masak.



SELAMAT MENCUBA!

ResepiSihatByAsmak

ContestMasakanAsmak


0135819100 Cikgu Basariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.