Review filem : Paskal

Review filem : Paskal

Assalamualaikum

Hangpa dah tengok blom cita Paskal?

Siapa baik? Siapa jahat? Hangpa kena tengok dan nilaikan sendiri 😀

Selain munafik, filem ni antara filem melayu yang cikgu rasa tak membosankan dan merugikan masa untuk ditonton.

Awal filem pon dah ada elemen yang mendebarkan. Rasa bangga pula dengan pasukan tentera laut malaysia.

Cuma ada beberapa part yang agak spoil bagi cikgu.

1. Watak ibu Arman yang mula-mula kemunculan macam watak makcik melayu kampung biasa. Tapi selepas Arman dah setuju nak bersara dari Paskal, dia dah jadi moden. Tudung pon terbang entah ke mana. Lagi satu, suara ibu Arman sangat nyaring and little bit annoying. Instead nak kesian, rasa nak geram lagi ada lah.

2. Pakaian Lily, isteri mendiang Joshua, pada akhir tu agak seksi. Cuma singlet ja. Dah ala-ala heroin omputih le kot kononnya.

Komen tentang watak:

Watak Jep ni kesian. Rasa dia macam mangsa keadaan. Walaupon dalam filem ni Arman adalah hero, tapi rasa macam Arman jugalah sebab Jep jadi jahat.

Macam biasalah, tipikal filem melayu, yang nak jadi jahat mesti akan ada pandangan skeptikal kat hero. Contoh masa Jep pandang arman masa training dan macamana Jep sedaya upaya cuba untuk kalahkan Arman dan buktikan dia Paskal terbaik. Sampai akhir ceritala dia mencuba. Kesian Jep.

Masa Arman kalut nak p selamatkan orang takmau tunggu pasukan backup sampai, Jep dah bagi nasihat dah. Kalau Arman ikut dan tunggu sat, takdelah part seterusnya yang Jep nak kena tolong selamatkan Arman dan Joshua. Cuma Jep salah jugakla sebab bertindak melulu.

Pastu Jep pon dah warning Arman jangan kacau kerja dia. Kiranya Jep ni adalah ciri sahabat sejati. Jep juga berani bersuara nyatakan pandangan dia kepada orang atasan tapi yelah, bos mana mau terima kesilapan camtu. Rules is rules.

Masa part dekat nak habis tu, Arman tau dah Jep pasang perangkap,tapi dia boleh tak bagitau pasukan tektikal tentang tu dan mengakibatkan kehilangan dua nyawa tak bersalah. Patut dia halang dlu depa daripada datang.

So kalau korang tanya siapa hero dalam cerita ni, cikgu tak rasa Arman tu hero. Haha. Gagak dan ustaz kot hero 😂

Nak tau depa tu siapa? Hangpa wajib p tengok cerita Paskal ni. Cikgu bagi cerita ni 4 bintang.

Terima kasih buat semua barisan pertahanan negara, TLDM TUDM PDRM ATM dan semua yang berjuang mempertahankan keamanan negara dan menjadikan kita boleh tidur lena setiap malam. Semoga Allah lindungi ahli keluarga mereka sebagaimana mereka berjuang melindungi negara setiap hari. Aamiiin.

Ok tu ja review kali ni. Pening kepala lepas tengok movie ni? Jom sapu minyak herba asmak 😘

Hubungi: 0135819100 Cikgu Basariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.