Selamat pagi negaraku

Selamat pagi negaraku

Bahang pilihanraya masih belum hilang.
Malaysia telah bersuara membuat pilihan.

Buat julung kalinya selepas 61 tahun menerajui negara, Barisan Nasional tumbang akhirnya.

Semoga pilihan yang dilakukan ini tepat.

Kita mengharapkan yang terbaik dari kepimpinan baru negara. Semoga sinar cahaya yang lebih baik buat semua rakyat negaraku Malaysia yang tercinta.

Pekena roti john panas-panas sambil layan berita
Saya dah pilih

Sedikit selingan buat semua:

Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14

1. Ucapan apabila menang

Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ

‘Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.’

2. Ucapan apabila kalah

Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah:

الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ

‘ Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.’

Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H) yang menyebut;

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ ـ صلى الله عليه وسلم ـ إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‏”‏ ‏.‏ وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ ‏”‏ الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‏”‏

‘Apabila Rasulullah salallahualaihiwassalam melihat perkara yang baginda sukai, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah, yang dengan nikmatNya, amal kebaikan menjadi sempurna. Apabila baginda melihat perkara yang baginda tidak suka, baginda akan berkata: Segala puji bagi Allah pada setiap keadaan.’

[HR. Ibn Majah, Kitab al-Adab no: 3803]

3. Ucapan apabila mendapati orang yang buruk memenangi jawatan kepimpinan

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أَجِرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

‘Sesungguhnya kita milik Allah, dan kepada Nya kita akan kembali, Ya Allah berikan aku pahala untuk musibah yang menimpaku, dan gantikanlah apa yang lebih baik daripadanya.’

Doa dan ucapan ini pula diambil daripada hadith riwayat Muslim, no. 1531.

# Biasakan diri kita mengikuti al-Sunnah, moga mendapat keampunan dan rahmat Allah!

Pening kepala dan sesak nafas parti pilihan anda kalah? Sapulah minyak herba asmak! 😘

Drbasya, bukan penganalisis politik.
10 mei 2018, 9.17 am

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.