Tag Archives: corat coret

Bahang pilihanraya masih belum hilang. Malaysia telah bersuara membuat pilihan. Buat julung kalinya selepas 61 tahun menerajui negara, Barisan Nasional tumbang akhirnya. Semoga pilihan yang dilakukan ini tepat. Kita mengharapkan yang terbaik dari kepimpinan baru negara. Semoga sinar cahaya yang lebih baik buat semua rakyat negaraku Malaysia yang tercinta. Sedikit selingan buat semua: Ucapan sunnah mendengar berita kemenangan atau kekalahan PRU 14 1. Ucapan apabila menang Apabila kita mendengar berita kemenangan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk diucapkan ialah: الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ‘Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatNya menyempurnakan segala kebaikan.’ 2. Ucapan apabila kalah Apabila kita mendengar berita kekalahan calon atau parti kita di sesuatu kawasan maka ucapan yang sunnah untuk disebut ialah: الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ‘ Segala puji hanya bagi Allah pada setiap keadaan.’ Kedua ucapan di atas diambil daripada hadith Aisyah RA (wafat 57 H)…

Read more

1 Mei 2018 Lebih kurang jam 8 pagi dapat panggilan dari ayah. Kata ayah, ada berita menyedihkan. Jantung berdebar tak terkata. Pak Lang Hamzah meninggal, kata ayah. Terkedu seketika. Mula tu keliru dan tak terbayang langsung siapa.Selepas ayah sebut beberapa detail baru teringat. Rasanya baru beberapa bulan lalu kami menziarah arwah. Tak sangka kini arwah telah pergi meninggalkan kami. Terus saya hubungi abang sulung saya untuk mengatur perjalanan kami bersama. Plannya, abang long turun dari manjung singgah ke teluk intan. Dari teluk intan, naik kereta saya yang dipandu suami kemudian singgah ke bidor mengambil seorang lagi abang saya. Kami tiba di Rembau sekitar jam 3 petang. Bukan rezeki kami memberi penghormatan terakhir kepada jenazah kerana urusan pengebumian rupanya selesai lebih awal sekitar jam 11 pagi. Hanya mampu berjumpa ahli keluarga yang ditinggalkan. Dari anak pak lang, kami dapat tahu punca kematiannya kerana sakit perut. Katanya ada urat yang bengkak dan…

Read more

Yang besar tak semestinya gagah, yang kecil tak semestinya lemah. Paling mudah, cuba tengok cili. Semakin halus cili tu, semakin pedas tau dia. Manusia pon macam tu. Jangan kita ingat, orang yang besar ni mereka kuat, kadang nak angkat benda berat sikit tak boleh. Orang lebih kecil boleh pula angkat. Tapi, ni bukan alasan untuk kita perlekeh orang yang macam ni dan sanjung tinggi pula yang sebaliknya. Kekuatan setiap orang tak sama. Setiap orang ada kelebihan dan kelemahan. Sebab tu kita ni hidup kena berhubung. Saling mencukupi. Yang kuat bantu yang lemah. Yang kaya bantu yang miskin. Jangan suka sangat gelakkan orang. Kutuk orang sana, kutuk orang sini. Diri sendiri je yang betul dan hebat. No!No! No! Ini bukan sikap yang nabi ajar untuk kita. Terima kelemahan orang, hargai kelebihan mereka. Bantu mana yang boleh. Kelemahan, kekurangan orang lain boleh jadi juga ujian buat kita. Jangan terlalu mudah mengatakan kita…

Read more

3/3