Tag Archives: kisah inspirasi

Sedang saya khusyuk membuat tugasan di meja kerja, tiba-tiba telinga berjaya menangkap perbualan dua rakan sejawatan saya. Macam menarik saja bunyinya. Segera saya memberhentikan kerja seketika dan terus memasang telinga mendengar perbualan yang semakin rancak itu. “Anak-anak saya suka bergaduh. Adik dengan kakak susah sangat nak berbaik-baik. Kalau dengan kawan dia, mudah je si kakak nak pinjamkan barang dia. Kalau adik yang nak, alamat perang besarlah!” “Saya pon sama. Tadi sempat saya bersembang dengan Encik X tanyakan rahsia dia mendidik anak-anaknya. Anak-anak dia kan pandai-pandai belaka”. Masa ni saya dah tak tahan untuk mencelah. Rakan saya terus memberikan tips-tips hebat yang diamalkan oleh Encik X. Anda nak tahu? Teruskan membaca! Encik X ni merupakan salah seorang staf am di pejabat tempat saya bertugas. Kami semua sedia maklum beliau mempunyai anak yang ramai dan hanya bekerja seorang. Datang kerja pon dengan memandu kereta terpakai. Kereta buruk itulah yang digunakan untuk menghantar…

Read more

1/1