Tag Archives: kisah kehidupan

Pagi ni kami sekeluarga bersarapan dengan spageti carbonara. Sesekali tekak ini teringin pula merasa makanan barat. Mengada! Usai makan, saya dapati masih banyak spageti di atas dapur. Sementara masih panas, terfikir pula nak disedekahkan kepada jiran. Jiran di sebelah rumah ni tiada nampaknya. Teringat pula jiran yang agak jauh sikit dari rumah. Anaknya bersekolah sama dengan anak saya. Lantas saya meminta anak sulung saya, Razin keluar dan menghantarkan sebekas spageti ke rumah sahabatnya itu. Saya segera masuk ke bilik dan mula menarah timbunan gunung kain baju yang seminggu tidak ditarah. Adus, letih sekali! Sedang leka saya mengelaskan pakaian yang telah dilipat kepada bahagian masing-masing, terdengar laungan Razin memanggil nama saya berulang-ulang. Bergegas saya mendapatkannya. Risau pula kalau ada apa-apa. “Mama, ibu Umar nak beli minyak asmak yang macam biasa tu sebotol,” ujar Razin sambil menghulurkan not RM50 kepada saya. Syukur alhamdulillah. Niat saya yang ikhlas untuk bersedekah pagi ini, nampaknya…

Read more

Sepanjang perjalanan ke pekan Teluk Intan, kelihatan bendera pelbagai parti penuh di tiang-tiang elektrik. Ada hijau, ada biru, ada warna gabungan . Meriah sungguh! Tiba-tiba terlintas di ingatan saya, iklan tajaan yang berlegar di laman muka buku pagi tadi. “Abang, tadi kan, masa sayang buka fb, keluarla iklan yang Dato Y sponsor. Kesian Dato Y. Teruk dia kena kecam di fb!”, getus saya memecahkan kesunyian. “Tula, abang pon perasan. Padahal Dato Y tu banyak je jasanya untuk pekan ni. Entah betul atau tak tuduhan tu”. “Tapi ye la kan, abang tahu dia buat itu ini pon sebab abang rapat dengan PA dia. Cuba abang tak rapat, abang tau ke apa dia dah buat untuk pekan kita ni?, ” soal saya pula. Terdiam suami saya. Diam tu kata orang tua-tua setuju. Situasi ni membuatkan saya terfikir, budaya masyarakat kini dah makin berubah. Buat baik perlu ditayang-tayang. Tak kisahlah sebagai ahli politik…

Read more

“Bonda, nah nasi lemak! Darma bagi”. Hulur seorang pelajar perempuan ke arah saya. Selaku guru tingkatan kelas 4 Khaldun ini, saya meminta pelajar memanggil saya dengan panggilan ‘Bonda’ dan memang pelajar-pelajar ini menjadi rapat dengan saya. Lantas saya berpaling melihat ke arah kelompok pelajar perempuan yang berkumpul di tengah dataran perhimpunan itu. Kelihatan pelajar bernama Darma ada di situ tersipu-sipu malu sambil tersenyum memandang saya. Saya melambai sambil menggerakkan bibir mengucapkan terima kasih. Senyuman pelajar itu kian melebar. Saya pasti hatinya berbunga riang kerana hajatnya kesampaian. Dalam masa yang sama saya sendiri berasa sangat terharu. Rupanya ada juga pelajar yang mengingati saya seawal pagi untuk membawakan bekal nasi lemak kepada saya.Beberapa hari lepas, pelajar yang sama tiba-tiba menghampiri saya dan bertanyakan samada saya mahu nasi lemak pada hari jumaat atau tidak. Saya tersenyum dan pastilah tidak menolak perlawaan itu. Saya tak kisah pon kalau perlu membayar harga nasi lemak itu…

Read more

3/3