Tag Archives: tips keibubapaan

Bagaimanakah caranya anda mendidik anak-anak supaya merendah diri di era setiap ibu bapa yang anda kenal berusaha memupuk keyakinan diri yang tinggi dalam diri anak-anak mereka? Sukar kan? Jawapan pertama saya ialah: kerja rumah! Kerahkan anak-anak anda untuk mengemas katil, membasuh pinggan mangkuk, merumput, memberi makan kepada haiwan peliharaan dan sediakan meja makan, serta vakum bersihkan rumah. Permulaan memang agak sukar untuk membiasakan anak-anak dengan tugasan ini. Namun, apabila segalanya telah menjadi rutin, tidak perlulah lagi ibu atau ayah bertempik seperti suara king kong di pagi hari. Kalau tak dipecahkan ruyong, manakan dapat sagunya kan? Langkah yang beribu batu pon bermula dari langkah yang satu. Jom mulakan! Disalin dan diubahsuai Drbasya, ibu yang masih bersuara king kong pagi-pagi 19/4/2018, 10.32 a.m Lagi kisah menarik di abgniaga.com norahtuah.com anitahasan.com teacherbasariah.blogspot.com

1/1