Tin kosong

Tin kosong

Sejak berlaku peralihan tampuk pimpinan negara, saya dan suami lebih suka menjadi pemerhati kepada senario masyarakat. Di laman fb pelbagai status kelihatan.

Ada yang mengucapkan kesyukuran. Ada yang meluahkan kegembiraan dalam masa yang sama kuat mengeluarkan kata-kata hentaman kepada pucuk pimpinan terdahulu. Ada juga yang hanya menjadi tukang like dan share post sahaja. Sayalah salah seorang darinya. Itu pun kalau post tersebut saya suka dan menyuarakan isi hati saya yang tidak mampu terluah dek tulisan ini. Haha.

Kalau nak lihat sikap sebenar seseorang manusia, inilah masanya. Yang dahulunya kuat mengipas pihak yang kecundang, kini sepi tanpa suara. Ada pula yang tiba-tiba beralih angin mengipas pimpinan baru pula. Dunia..dunia..cepatnya kau berubah.

Hubungi 0135819100 untuk mendapatkan Minyak Herba Asmak

Belum lagi kisah pemimpin yang melompat parti. Tidak perlu diulas di sini. Itu adalah hak masing-masing. Pasti ada sebab tindakan itu dilakukan. Selaku orang awam, elokla berhenti mengecam. Tak pasal-pasal dosa kering ja dapat nanti.

Menerusi media sosial masing-masing dilihat menyatakan hasrat mahukan negara berubah menjadi lebih baik. Masing-masing mengharapkan pucuk pimpinan negara melakukan sesuatu untuk menjadikan negara lebih maju dan kaya.

Tahu tak, sebenarnya nak berubah ni kena bermula dari diri sendiri? Kalau buang sampah pon tak reti masukkan dalam tong sampah, apa kes ni? Pergi sahaja ke bank, kertas resit bertaburan di sana sini. Kalau dah nampak tong sampah tu penuh, apakah salahnya simpan dahulu dalam beg atau pegang sehingga bertemu tong sampah lain. Mudah dan jimat lagi kalau tak ‘print’ pon resit tu. Cukuplah tengok baki sahaja.

Lagi satu, pasca pilihanraya, jalan-jalan kelihatan kotor dan semak dengan bendera parti yang tidak dikutip. Ada yang jatuh ke tanah, malahan ada pula yang dipijak dan digilis kenderaan. Ke mana perginya semangat juang dan sayangkan parti yang dicanang-canang sebelum ini? Bendera pon dibiar bergantungan tanpa pengurusan. Tahniah buat parti yang berjaya mengutip semula bendera dan mengemasnya. Yang lain tu, takkan nak tunggu majlis bandaran yang bersihkan?

Sikap masyarakat perlu berubah. Negara takkan maju kalau rakyat kekal dengan sikap macam tin kosong. Cakap saja boleh, tindakan tiada.

Betulkan mentaliti kita. Sikap kita sebenarnya penentu masa depan negara.

Drbasya, in shaa Allah bukan tin kosong
14 Mei 2018, 9.56 a.m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.