Urutan bantu hilangkan sembelit

Urutan bantu hilangkan sembelit

Anak-anak kecil lingkungan bawah 2 tahun sangat berpotensi diserang sembelit.

Kalau yang menyusu badan atau minum susu pula biasanya akan terkena kembung perut dan muak susu.

Ibu yang menyusu perlu kawal pemakanan agar tidak pula tersilap mengambil makanan atau minuman yang menyebabkan bayi mudah kembong perut. Antara makanan yang menyumbang masalah kembong perut adalah makan berkanji, makanan yang mengandungi kadar gula yang tinggi dan sesetengah produk tenusu. Terdapat juga sayuran dan buah-buahan yang memberi efek berbeza kepada individu.

Ada orang boleh makan timun dan betik tanpa masalah, namun ada pula yang mengalami masalah kembong selepas memakannya. Jadi kena cuba dan rasai sendiri kesannya. Seeloknya cuba sepotong kecil dahulu. Saya sendiri pernah terkena kancing gigi selepas melahirkan anak kedua kerana tersilap makan sepotong betik semasa di hospital. Mujur segera misi datang berikan rawatan dan ubat demam. Setiap 4 jam suhu dan tekanan darah dipantau agar tiada masalah berlanjutan. Serik rasanya! 😆

Bagi kita yang dah dewasa ni, apabila diserang kekembongan mahupun sembelit, banyak ikhtiar kita boleh buat termasuklah menyapu minyak (Minyak Herba Asmak sangat sesuai untuk masalah ini) di sekitar pinggang, bawah pusat dan di bahagian belakang badan serta sedikit urutan di labu betis.

Bagi kanak-kanak, simpton kekembongan biasanya kita tahu apabila bayi tidak lena tidur, menangis, merengek dan muntah setiap kali makan atau minum.

Apa perlu dibuat?

Ok, boleh rujuk gambar di bawah ini adalah teknik urutan yang sesuai dilakukan ke atas bayi yang mengalami kekembongan atau sembelit.

Gunakan minyak yang sesuai. Dalam kes anak-anak saya, Minyak Herba Asmak sangat serasi dengan mereka. Selepas diurut menggunakan minyak ini, tak lama selepas itu mereka mula kentut dan akan membuang. Tidur juga menjadi lebih nyenyak.

Semoga bermanfaat. Jemput kongsikan artikel ini 😄

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.