Usah Mudah Menilai Orang

Usah Mudah Menilai Orang

Assalamualaikum

Cikgu terkesan dengan suatu nukilan yang dikongsi seorang sahabat melalui aplikasi whatapps pagi tadi. Cikgu kongsikan di sini untuk sama-sama kita baca dan hadamkan.

Kita selalu fikir ikut logik akal.

.

Ibu bapa sangat baik, anak akan jadi sangat baik.

Ibu bapa kurang baik, anak akan jadi kurang baik.

.

.

Pernah tak kita terfikir 2 situasi di bawah ?

.

1) Ibu bapa sangat baik. Diuji dengan anak yang kurang baik.

.

2) Ibu bapa yang kurang baik. Direzekikan dengan anak yang sangat baik.

.

Untuk situasi pertama,

Contohnya, si bapa imam besar di masjid tetapi anak lelakinya sendiri liat untuk solat jemaah di Masjid.

.

Kita tak layak untuk menilai orang lain.

Menilai itu hanya kerja Allah.

Jangan judge ibu bapa tu tak tahu parenting skills terbaik sampai anak jadi kurang baik sedangkan dirinya sangat baik.

Ujian setiap orang berbeza.

Mungkin daripada 7 orang anaknya, hanya seorang yang bermasalah.

Mungkin ini bahagian yang Allah takdirkan untuk menguji keimanan dan kesabaran dirinya.

.

.

.

Untuk situasi kedua,

Contohnya, ibu bapanya tak pernah bersekolah agama. Tidak pernah mendapat pendidikan agama secara formal dan bukan penghafal Al-Quran. Dengan izin Allah, semua anaknya bergelar Al-Hafiz dan Al-Hafizah.

.

Kita mula bertanya, apa ye barakah keluarga ini sehinggakan ibu bapanya biasa-biasa tetapi anaknya MashaaAllah luar biasa baik ?

Itulah namanya keajaiban rezeki. Mungkin ada sesuatu amalan ikhlas yang terang atau tersembunyi yang menjemput turunnya rahmat Allah.

.

Realiti hari ini,

Apabila dewasa, bukan sedikit seorang anak yang menyalahkan ibu bapa kalau dirinya dalam kategori kurang baik dari banyak segi.

.

Bukan sedikit juga seorang ibu atau ayah menyalahkan anaknya kalau tidak membesar jadi insan baik yang diimpikannya.

.

Tertarik dengan perkongsian daripada CikPuan Ayat Ibrahim.

Cukup terkesan di jiwa dan membuka minda.

Mari muhasabah diri bersama.

.

Life is about choices.

Dan kita memilih tindakan mengikut apa yang kita boleh ubah.

.

Beberapa premis yang perlu difahami :

.

1) Setiap manusia itu lahir secara fitrah. Baik dirinya sendiri, ibu bapa kandungnya, anak-anaknya dan orang sekeliling.

.

2) Di dunia, setiap individu bertanggungjawab atas pilihannya. Di Akhirat, bertemu Allah sendiri-sendiri.

.

3) Allah bersama dan memberi pertolongan kepada hamba-hambaNya bila hambaNya memenuhi syaratNya untuk ditolong

____________

Konteks artikel ini adalah merujuk nombor 3. Bagaimana nak jemput pertolongan Allah.

.

Cuma, jangan dilupakan hal nombor 1&2 itu ada.

.

Kita ada teladan ayah beriman tetapi anak tidak mahu ikut atas pilihannya. Seperti Nabi Nuh.

.

Kita ada teladan anak yang baik, ayah tak baik seperti Nabi Ibrahim, ayahnya pembuat berhala.

.

Kembali kepada konteks kita yang masih hidup ini. Selagi belum mati, sentiasa bersangka baik untuk pengakhiran yang baik.

.

Contohnya,

Nabi Yaakub. Dia diuji anak-anak nakal, zalim yang sanggup nak bunuh adik sendiri. Tapi Nabi Yaakub memilih menjadi Muhsin. Ayah yang baik dan terus didik anak-anaknya yang nakal. In the end, anak-anaknya bertaubat.

.

Jadi,

Kalau kita ibu ayah yang diuji anak-anak yang tak baik, selagi belum mati, sentiasa bersangka baik, anak itu masih berpeluang bertaubat. Mohon bantuan Allah dengan memilih menjadi Muhsin. Huraian muhsinin sebenarnya sangat luas dalam Quran.

.

Kalau sebagai anak yang baik, diuji ibu bapa tak baik. Selagi belum mati, terus bersangka baik. Teladan Nabi Ibrahim yg berusaha ajak parents kembali kepada Allah.

.

Fokus kepada diri.

Apa yang saya boleh buat untuk jemput bantuan Allah, supaya anak atau ibu bapa saya jadi baik.

.

Diulangi, fokus kepada diri. Apa yang perlu diperbetulkan dalam diri?

.

Kesimpulannya,

Bersangka baik kepada Tuhan

Bersangka baik sesama insan

.

Jangan berhenti memperbaiki diri

Jangan putus asa rahmat Yang Maha Tinggi

.

Stop blaming

Start reflecting

.

Kredit: TicerKhomiesReflections

Semoga bulan ini, memberikan hasil yang lebih baik buat kita semua 😊

Mencari penawar batuk dan semput melalui sapuan luaran sahaja? Cubalah Minyak Herba Asmak. Hubungi:

0135819100 Cikgu Basariah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.