WAKTU HUJUNG MINGGU SILA LETAK TEPI HAL KERJA

WAKTU HUJUNG MINGGU SILA LETAK TEPI HAL KERJA

Hai mummy dan daddy, saya nak tanya sikit time hujung minggu biasa buat apa je? Kalau spend time dengan keluarga alhamdullillah tapi kalau sibuk dengan kerja saya minta stop dulu kerja tu. Kenapa saya suruh stop?

Adakah anda tahu bahawa purata ibu bapa meluangkan masa hanya 3 minit setiap minggu untuk berbual dengan anak-anak mereka? Dan adakah anda tahu purata kanak-kanak menonton televisyen selama 1,680 minit (28 jam) dalam minggu yang sama? Sudah pasti tiada masa yang berkualiti bersama keluarga!

Sedih bukan 3 minit je. Kadang sampai takde masa langsung bersama keluarga especially dengan anak-anak. Makin kurang masa anda bersama anak-anak makin jauh anak anda dengan anda. Tak perlu pun pergi jauh-jauh semata-mata nak spend time dengan anak. Kalau nak bercuti bersama anak lagi bagus.

Hujung minggu ni banyak je aktiviti yang anda boleh buat dengan anak anda.

  1. MAKAN BERSAMA-SAMA
    Waktu makan ni laa kita boleh merapatkan lagi hubungan. Boleh suap-menyuap untuk eratkan lagi kasih sayang.
  2. BERMAIN BERSAMA-SAMA
    Standby dekat rumah tu permainan tak kisah lah permainan apa pun macam scrabble ke, congkak ke, UNO ke, jutawan ria ke. Mainan sebegini mampu menghidupkan suasana didalam rumah anda.
  3. MERAIKAN MAJLIS ATAU ‘EVENT’ BERSAMA-SAMA
    Bila anak anda dapat keputusan exam yang cemerlang sambut kejayaannya dengan membuat majlis makan-makan ke dekat rumah. Bila harijadi anak tiba, buatkan mereka kek dan beri mereka hadiah. Baru mereka rasa dihargai.
  4. LAWATAN ATAU ‘SHOPPING’ BERSAMA-SAMA
    Waktu hujung minggu macam ni la nak bawak anak pergi zoo ke theme park ke. Sekali skala belanja anak apa salahnya. Kalau nak murah rezeki jangan kedekut dengan anak-anak dan isteri tau.
  5. BERSENAM ATAU ‘EXERCISE’ BERSAMA-SAMA
    Cuba set kan aktiviti yang wajib dibuat bersama anak-anak ketika hujung minggu. Contohnya macam berbasikal. Bangun awal pagi dan start mengayuh kemana sahaja. Aktiviti sebegini sangat bagus dan elok dalam mengeratkan lagi hubungan bersama anak-anak.

Sebenarnya anda tak perlu pun benda yang mahal ataupun keluarkan duit yang banyak untuk meluangkan masa dengan anak-anak anda. Mereka tak nak pun benda sebegitu mereka cuma perlukan kasih sayang dan perhatian anda sebagai ibu bapa. Jangan biarkan anak anda membesar tanpa perhatian dan kasih sayang anda.

MinyakHerbaAsmak

AnakSihatHatiTenang

WeAreFamily

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.